poke here...

29 Ogos 2011

SALAM LEBARAN....


halo...halo...halo...



Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ...MAAF ZAHIR DAN BATIN. Saya memohon 1000 kemaafan kalau ada tersilap tulis atau kata sepanjang penglibatan aku dalam penulisan blog ini.Maaf kerana aku jarang sangat update blog ini...


Semoga syawal ini memberi keberkatan dan kebahagiaan kepada kita semua...


Adios


p/s: aku tak dapat cuti raya..aku balik raya ke-5 kot...huhuhu....salam lebaran..


31 Julai 2011

SALAM RAMADHAN...

halo...halo...halo...

wah, tak sangka dah nak habis bulan Syaaban, esok dah masuk bulan Ramadhan 1432H..Alhamdulillah syukur dipanjangkan usia untuk menikmati Ramadhan pada tahun ni...


dan tak sangka jugak dah lebih 2 bulan aku tak post ape2 ke dalam blog nie...walhal online hari2...maybe tak de mood nak tulis...mmg ada idea tapi bila je tgok keyboard laptop ni,idea terus terbang melayang...

sepanjang 2 bulan ni adalah few things yg terjadi kat aku..tapi x pe...nanti aku update slowly2...jgn risau. blog ni masih bernyawa lagi...
huhuhu..

anyway selamat berpuasa semua!!!!!



Adios.

16 Mei 2011

..I'M Back!!!!

Halo...Halo..Halo..

sedar tak sedarr, dah lebih 2 bulan aku tak hantar post baru dalam blog ni..sorry tak sempat update..al maklumlah lepas je aku siap tulis latest post aritu pasal Bruno Mars...terus ke'busy'an melanda diri ini..dengan nak meghadap test nye sambil diselang seli dengan assignment yg tiada henti hinggalah ke final exam...ditambah pula dengan kerja yg makin menimbun...berpinar2 mata serta berpusing2 kepala dibuatnya...dlm hati aku 'bila lar aku nak update blog ni?'

kemudian lepas final exam, terus ambil keputusan utk bercuti panjang...ingatkan boleh la ambil masa untuk update blog tp impian terus hanyut ke laut...aku terus bercuti drpd segala2nya...dalam hidup aku time cuti hanya ada masa untuk makan, tengok tv, tidur & tidur... sampai la saat ini, barulah rasa nak layangkan jari jemari ini ke keyboard dan menaip utk blog terchenta ni..huhuhu..tak sangka nak dekat 2 tahun blog ni berfungsi...terima kasih yang sudi mengunjung blog ni walaupun tuan empunya lama tak update blog ni..

Sekarang ni la masa yang terbaik untuk buat comeback...since tengah cuti sem yg panjang, aku ada la masa nak post something untuk korang..

So pls beware, Dzull Benjy is coming back!!! ( nak wat comeback ala2 J-LO la ni...katanya dah kembali top sekarang...huhuhu )


hellooo, aku still hot lagi ok!!!


Adios

14 Mac 2011

Count On ME...like 1 2 3




halo..halo..halo

dah lama ku tak jenguk blog aku ni.entah2 masih bernyawa ke tidak.Korang jgn risau,blog ni masih bernyawa..cuma aku je busy sikit,kena lar curi masa sikit nak update blog ni...

dalam busy2 tu sempat jugak aku download satu album ni..album dr penyanyi Bruno Mars - Doo-Wops & Hooligans.Aku teringin nak dengar full album ni gara2 suka dengar lagu hitnya 'Grenade".Aku pun gigih lar cari link utk download.


Setelah dengar satu album ni, seriously mmg best.Lagu2 dalam album ni semua best, dan bukan tangkap muat jer.Kiranya memang kagum la aku dengan Bruno Mars ni.Sebelum album ni keluar, Bruno Mars pun dah popular menerusi lagu 'Nothin On You' hasil kolaborasi dengan B.o.B dan 'Billionaire' bersama Travie Mccoy.Jadi featuring pun kira ok sebab dapat perkenalkan bakat dia..Sekarang he can stands by his own.

Semua lagu best2 tp favourite aku ialah 'Count On Me'.Lagu ini menceritakan perasaan seorang sahabat ke atas sahabat baiknya.Memang menyentuh perasaan.Aku asyik dengar lagu ini berulang kali. Bait liriknya begitu berkesan: "u can count on me like 1, 2,3..and i'll be there"..

Meh aku tepek clip lagu ni untuk korang dengar:





For me, this is a great song about friendship and i would like to dedicate this song to all my friends around the world.U can count on me and i can count on you... (^_^)

p/s: Dengar crite Bruno Mars nak buat show kat PWTC,KL bulan April ni...rasa nak pegi la tp tiket mahal tak? huhuhu

Adios

09 Februari 2011

bila Kelab Gamelan Seni Alun terpapar dalam surat khabar...

halo halo halo...

seingat aku aku pernah cerita pasal kehidupan aku sebagai pemain gamelan ketika masih jadi pelajar undergraduate dulu...kalau nak tahu boleh cek kat post sini....rasanya ini antara post terawal yang aku hantar ke blog ni...

aku terbaca la satu artikel kat Kosmo dan keluar cerita pasal Kelab Gamelan aku ni..( time aku dah keluar, baru la wartawan nak cover up cerita...huhuhu )

meh aku tepek artikel tu kat bawah ni untuk tatapan korang:

Memelihara muzik istana




KHAMIS lalu, di luar lobi Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) berkumandang paduan muzik tradisional. Paling ketara ialah bunyi gendang. Walaupun alunan itu kedengaran carca-merba, muziknya begitu menusuk tenang ke pendengaran.

Makin menghampiri lokasi, ritmanya begitu menggetar jiwa. Berderau juga jiwa apabila sekali sekala mendengar paluan gong bergema.

Melewati pekarangan lobi berkenaan, kelihatan di sudut kanan dan kirinya, pemain-pemain muzik khusyuk mengalunkan instrumen pilihan masing-masing. Ternyata, ketukan adunan alatan muzik yang kebanyakannya daripada tembaga menghiburkan mereka.

Yang membanggakan, kesemuanya kelihatan masih muda remaja. Harus diakui, bukan semua mampu menghadam naskhah seni sebegini dengan penuh keikhlasan.

Ada yang menumpukan kepada instrumen bonang, manakala sekumpulan gadis bertudung sibuk meneliti not muzik gambang. Masih ada yang ragu-ragu bagaimana bermain saron pekin, saron barong dan juga kenong.

Melihat kesungguhan mereka berlatih, menyedarkan penulis bahawa kesenian muzik keagungan orang Melayu sebenarnya masih utuh meskipun bergelut dengan arus kemodenan.

Remaja-remaja itu memilih untuk bertaut pada klasifikasi muzik tradisional walaupun disogok dengan putaran muzik hip-hop dan indie di corong-corong radio.

Kumpulan Gamelan Seni Alam

“Inilah instrumen gamelan yang merupakan muzik istana,” sapa Pegawai PKSSAAS, Mohd. Dzulhafiz Zulkepli, 29, yang mengejutkan lamunan penulis yang berwajah kosong dan canggung tentang muzik tradisional itu.

Duduk bersembang dengan Mohd. Dzulhafiz, sememangnya dia mempunyai babak penceritaan yang menarik tentang gamelan. Bagaimanapun, pada awal perenggan, dia meluahkan kekecewaan terhadap sebilangan belia yang meminggirkan seni muzik itu.

“Agak terkilan juga, ramai pelajar kata, mereka sebenarnya suka, tapi masa yang ada perlu tumpukan kepada pembelajaran,” katanya.


SARON barung adalah pelengkap kepada muzik gamelan.


Namun, dia sedikit lega apabila universiti yang sudah bertapak selama 30 tahun itu mengambil peranan memperkenalkan irama gamelan secara berterusan.

Pusat kebudayaan tersebut menubuhkan Kumpulan Gamelan Seni Alam. Usianya sudah menjangkau 20 tahun lamanya.

Katanya, penubuhan kumpulan tersebut antara lain adalah sebagai usaha mengekal dan menyuburkan seni muzik. Ia juga sebagai satu gelanggang terbaik untuk golongan muda meningkatkan kecintaan terhadap seni agar ia terus kekal dipertahankan.

Setakat ini, terdapat 28 pelajar yang sedia bermain dengan instrumen gamelan. Kumpulan itu juga terbahagi kepada dua kumpulan iaitu yang dianggotai oleh pelajar saja dan di kalangan staf UPM.

Berhubung dengan konduktornya pula, pelajar-pelajar itu dilatih oleh guru yang sering bertukar ganti. Terkini, mereka dilatih oleh pemain gamelan terkemuka negara, Ku Zahir Ku Ahmad. Setiap kali majlis konvokesyen, kumpulan gamelan tersebut akan menjadi tunjang kepada upacara berkenaan.

Pewaris gamelan

Saat Mohd. Dzulhafiz meninggalkan penulis seketika, peluang itu digunakan sebaiknya untuk mendekati Khairul Anuuar Ismail, 21. Pelajar jurusan Sains Pertanian itu petah berbicara. Penulis menyogoknya dengan satu pertanyaan untuk melihat sejauh mana kegigihan dan keikhlasannya terhadap muzik yang mula bertapak di Riau Lingga, Johor itu.

Kenapa memilih muzik gamelan sedangkan ramai yang sebaya dengan anda memilih instrumen seperti gitar yang dianggap lebih kontemporari? Jawab remaja ini penuh keyakinan: “Kalau tidak saya yang meneruskan muzik ini, siapa lagi, saya berbangga bermain dengan muzik istana ini. Sayalah pewaris gamelan negara.


KUMPULAN Gamelan Seni Alam menjadi tumpuan setiap kali majlis konvokesyen di UPM.


“Seperkara, tiada istilah ketinggalan zaman bagi apa jua rentak muzik,’’ Dia boleh bermain peralatan bonang dan saron.

Nurdalila Mat Salleh, 21, pula beranggapan, muzik gamelan itu bukan ‘muzik orang tua’. Dia yang baru mula berjinak-jinak dengan gamelan sejak dua tahun lalu, berkata, kecenderungannya memang kepada aktiviti kebudayaan.

“Saya terlibat dalam teater. Namun sebelum itu saya sering terdengar budak-budak UPM bermain gamelan dan akhirnya saya teruja untuk menyertainya,” katanya.

Nurdalila berdepan dengan kesukaran pada peringkat awal. Ujar pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian itu, bermain gambang dan saron memerlukan lebih kurang setahun untuk mahir.

Apa signifikan gamelan terhadap pelajar jurusan Kejuruteraan Kimia, Nor Arfah Anuar, 23, pula? “Subjek yang saya belajar semuanya berat-berat belaka, percaya atau tidak, dengan bermain gamelan, jiwa saya tenang dan hilang serabut di kepala,” ujarnya.

Menurutnya yang mesra disapa Pa’ah, muzik gamelan telah sebati dengannya sejak dia berada di sekolah menengah lagi. “Saya tak segan untuk bercerita dengan orang bahawa saya berkebolehan bermain alatan tradisional, muzik kita klasik dan ada jiwa,” ujarnya. Setakat ini, dia sudah berpengalaman bermain gamelan pada konvokesyen UPM selama dua tahun berturut-turut.

Hal yang sama bagi Farhah Izzati Syukor, 23. Gadis berkulit mulus itu mempunyai kisah yang lucu mengenai muzik gamelan. Pada asalnya, dia berfikiran bahawa gamelan adalah sejenis tarian. “Bila saya dah mula turut serta dengan grup ini, ia adalah sebaliknya. Saya bukan saja jatuh cinta dengan instrumennya tapi saya dapat mempelajari betapa tinggi warisan yang ditinggalkan nenek moyang kita,’’ ujarnya. Dia mahir bermain baron dan gambang.”

Memartabatkan seni warisan

Remaja-remaja ini berkata, mereka tidak pernah jemu untuk memperjuangkan muzik gamelan bagi memastikan seni itu tidak luput ditelan zaman. “Satu kerugian kepada individu-individu yang menganggap muzik gamelan sebagai muzik picisan,” luahnya. UPM terus unggul dalam memartabatkan seni dan budaya Melayu. PKKSSAAS apabila menjadi medan kepada generasi muda untuk berlatih, mengasah dan mengembangkan bakat terpendam yang dimiliki.


PERSEMBAHAN gamelan akan menjadi lebih meriah dengan kehadiran penari.


Menyingkap seketika sejarah PKKSSAAS telah dirasmikan oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 25 April 1996.

Menurut pengarahnya, Mahfoor Harron, aspirasi PKKSSAAS sangat tinggi. “Kami mahu pusat kesenian dan kebudayaan ini terus memperkukuhkan warisan masyarakat dulu yang nilainya sangat tinggi,’’ katanya.

PKKSSAAS secara keseluruhannya, dilengkapi infrastruktur dan prasarana yang cukup dalam melaksanakan program atau urusan rasmi. Ia turut merangkumi Dewan Besar yang mempunyai kapasiti 2,800 orang pada satu-satu masa. Di situ juga, muzik gamelan bergema tatkala urusan–urusan rasmi seperti majlis konvokesyen universiti diadakan.

Selain di dewan berkenaan, ritma gamelan turut berdendang di satu lokasi dinamakan Panggung Percubaan yang mempunyai kapasiti 400 orang.

Kemudahan istimewa lain termasuk seperti Bilik Gamelan dan Bilik Cak Lempong untuk pelajar-pelajar itu berlatih.

“Apa juga seni warisan yang ditinggalkan, kita harus sama-sama memelihara dan kembangkan. Pusat ini merupakan alternatif dalam pembangunan seni pada peringkat akar umbi, semoga usaha yang kecil ini dapat memberi kesan kepada seni tanah air,’’ katanya.



ok..artikel ni rasanya banyak propa daripada yang betul..member2 aku ramai yang tak puas hati dengan penghasilan artikel ni...antara ciri-ciri tak betul tu...

1) Nama kump. Gamelan kami ialah Kumpulan Gamelan Seni Alun yer bukan Seni Alam! x de kena mengna dgn alam sekitar atau unsur2 nak memelihara alam.Nama kumpulan pun dah salah taip...isy3x

2) Ok, itu bukan gambar kitorang, itu gambar staf rasanya. Actually, ada 2 kumpulan Gamelan di UPM ni, satu staf & satu lagi pelajar..

3) Statement 'Gadis Berkulit Mulus itu' sebenarnya propa semata2. Rupanya tuan empunya wajah yg mulus tu ckp wartawan tu just temubual dgn dia menerusi TELEFON jer..tang mana ntah datang ilham kulit mulus tu...nampak la ada unsur2 kekantoian dan kepropaan di situ...

4) Ada satu part yg penulis Asyik terlihat gamelan sambil disapa oleh pengurus Gamelan kami...statement ni memang tak boleh blah.Ciri2 ayat ni very2 last year...oh, not last year, very2 last century.Dah mcm akhbar zaman 80-an pulak..Ntah2 zaman 80-an pun dah tak guna ayat mcm ni...

5) Foto penari tu just gambar hiasan kot, tak pernah kot kitorang main sambil ada penari....mmg la syok kalu ada penari pengiring tapi biasa la pelajar lain kan sibuk dgn pelajaran....


Ape2 pun lepas je keluar artikel ni, banyak pulak show yang kitorang dapat...tak la banyak, ada la dalam 2-3..tapi OK lar. Thanks to KOSMO kerana siarkan artikel tentang kelab Gamelan UPM...walaupan ada fakta2 yang terpesong sikit. Janji masuk akhbar & ada exposure...


Adios

25 Januari 2011

seJengkal dgn JenGKel

halo...halo...halo...

pernah tak korang dalam satu hari tu, asyik berlaku perkara yang menyakitkan hati? pergi sini, sakit hati...pergi sana jadi menyampah...baru-baru ni ada satu hari yang buat aku sakit hati dan asyik berada dalam situasi yang menjengkelkan...ada 3 situasi kesemuanya dan aku explain satu persatu...

Jengkel 1

Member aku, Fikrie & Rez ajak keluar breakfast. Aku pun ok jer since bangun awal kan...Kitorang pun pecut dengan motor dalam pukul 9 camtu,menuju ke McD berhampiran (gile ko makan breakfast kat McD)..Sampai je kat pintu pengawal, tetiba pak guard suruh berhenti & dia tanya

"Mana Sticker?" .Aku pun jawab la dgn muka yang manis "Saya pelajar baru, tak dapat kat matrik lagi" (ini jawapan betul2 tau, bukan tipu sunat).Dia tanya lagi " Ada lesen tak?" Aku pun balas, " ada...." Dengan yakinnya aku menjawab penuh berhemah, walhal dalam hati: " Ada lesen pakcik, kalau tak de tak berani la saya nak tunggang moto ni...malah lesen TV pun saya ada"..Nasib baik pak guard tu tak banyak songeh dan lepaskan kitorang. Aku pun pelik sebab selama ni tak pernah lak ken tahan, dan yang peliknya kenapa dia tahan masa waktu nak keluar? bukan ke selalunya pak guard tahan apabila waktu nak masuk??? lantak la janji lepas...

Meter KeJENGKELan: 1/5 ( lite2 jer sebab pak guard tu tak kekwat pun, dia tanya baik2..)


Jengkel 2

Hari tu jugak aku plan nak keluar ke Mid Valley dengan member, Azmi. Dia bosan kalau tiba weekend sebab kelas sampai hari Khamis, & then tak tau nak buat ape lepas tu..takkan la asyik balik rumah jer..so, aku pun ajak dia keluar since aku pun free hari tu sebab kelas aku ditangguhkan...Kitorang naik bas jer sebab azmi tak ada transport.Aku pun tak kesah kalau naik bas.Kami sampai kat bus stop dalam pukul 10.45 pg & bas pun datang 15 minit berikutnya. Aku memang akan bawa kad matrik kalau keluar, lebih2 lagi kalau naik bas. Kena pamerkan kad matrik sebelum naik bas.

Member aku cakap pemandu bas sekarang macam 'hanjing' sikit. Banyak sangat pe'elnya. So, aku ready la dengan kad matrik aku. Drama dah bermula masa nak naik apabila few girls yang beratur depan kitorang kena tegur sebab tak pamer kan kad matrik.Diorang pun terhegeh2 ambil kad dari beg diorang. Sampai je turn aku, aku pun pamer la kad matrik, tetiba pemandu tu mengamuk:

"Ni kenapa tak pakai kad matrik ni? kalu tak pakai, baik bagi saya!" sambil merampas kad matrik dari tangan aku. Aku dah pelik.Bukan ke aku aku dah pamer ke kad matrik tu? lepas tu siap rampas lagi.Siap cakap " nanti ambil kad matrik ni kat pejabat".Aku pulak gantung MP4 aku time tu, n then dia bebel lagi " Tali ada tapi kenapa tak gantung, benda tu boleh pulak gantung..kalu tak nak gantung, saya ambil". Aku dah rasa malu dah. Selama 3 tahun aku jadi pelajar ni, tak pernah aku melalui saat memalukan seperti tu. Mana la aku tahu pertaturan sekarang kena gantung kad matrik. Dalam hati aku "Ambil la kad matrik tu, bulan depan aku dapat kad matrik baru lar " Memandangkan pemandu ni benar2 serius sebab aku nampak ada 2-3 kad matrik yang dia rampas kat dashboard bas tu & aku pun stil sayang kad matrik lama aku tu, aku pun main ambil je kad matrik aku balik n cakap " Ye Ye nanti saya pakai " & terus blah sambil senyum2 padahal nak cover malu. Member aku, Azmi kena bambu jugak.Boleh tak pemandu tu bazirkan masa 10 saat untuk membebel jer? baik dia gunakan masa tu untuk terus bawa kami ke stesen komuter.Aku tahan je sabar, lepas je turun bas aku cakap kt Azmi:

"Memalukan betul, beritahu la awal2 n elok2, sekarang ni kena gantung kad matrik. Ni asyik nak melahar jer...lepas ni aku kerja elok2 n kumpul duit untuk beli kereta...tak nak dah naik bas" huhuhu walhal aku tau yang aku akan naik bas lepas ni...

Meter keJENGKELan: 6/5 ( bleh???)

Jengkel 3

Sampai je ke Mid Valley, aku pun ajak Azmi tengok wayang, cerita Khurafat. Aku terbaca review pasal filem ni dan review yang positif tu menarik minat aku nak tengok cerita ni walaupun aku ni bukannya berani sangat tengok cerita hantu.Memang full house, sampai aku kena duduk kat seat baris 2 dari depan. Semacam pulak nampak skrin tu besar sangat.


Cerita tu OK.memang menyeramkan sampai aku pun tunduk2 bawah & pura-pura minum air. Azmi pun ejek: "Zul, ko kena tengok..ko yang beria-ria nak tengok kan?".Tengah syok layan tu ada la 3-4 orang lelaki ni yang duduk belakang kitorang tak habis2 bercakap.Dah la bercakap loghat negeri ( malas nak mention nama negeri sebab tak nak bersifat kenegerian), ketawa lar, usik- mengusik lar. Bayangkan diorang berborak sepanjang cerita tu.Nak cover rasa takut la tu.Kalu takut, tutup mata je lar tak pun ikut macam kawan aku, cubit paha rakan sebelah.Lagi senang, tak payah tengok cerita hantu..Kitorang tahan jer la selama 90 minit..Nasib baik cerite tu best. Aku tertarik dengan lakonan Sabrina Ali, memang menjadi...

Meter keJENGKELan:2.5/5

Kitorang pun sempat la membeli-belah and selamat sampai ke bilik masing2 dalam pukul 7. Nasib baik KTM tak buat hal, kalau tak bertambah lagi situasi jengkel tu.huhuhuhu


Adios

12 Januari 2011

HAPPY belated NEW YEAR!!!

halo..halo..halo

sudah 10 hari kita berada di tahun 2011, baru sekarang la ada kesempatan untuk aku ucap SELAMAT TAHUN BARU!!!..harap2 still belum terlambat lagi..

aku lupa nak antar post pasal tahun baru sebab new year aritu aku sibuk sikit..dgn kerjanye kemudian nak kemas bilik setelah dapat bilik baru, kena angkat barang lar...kemas lagi...pasal tu tertangguh tu..lepas tu datang pulak minggu AJL, terpaksa la aku dahulukan post tentang AJL...sekarang baru terfikir nak antar post pasal tahun baru..<>

tak sangka 2010 dah habis, hmmm azam yang aku tanam dulu ada jugak yg tercapai. Alhamdulillah...aku berjaya graduate dengan result yang lepas target..dgn degree ni lah aku dapat kerja..serta mendaftar sebagai pelajar master..tahun 2010 juga bawak kenangan manis kat aku...aku banyak luangkan ngan famili lepas habis belajar, pergi bercuti di Langkawi & Melaka dan bestnye aku sambut satu bulan Ramadhan kat rumah setelah 6 tahun berpuasa di perantauan ( hek eleh, sekolah n universiti kat Malaysia jer)....

untuk 2011 aku ada la azam n harapan yang nak direalisasikan..antaranya:

  • Aku nak dapatkan result yang baik untuk master aku...ye la tak nak ulangi kesilapan time degree dulu..
  • Nak kerja sungguh2 untuk mengumpul duit..sebabnye?? tahun 2010 aku banyak kluar duit( sampai aku dah x de duit skrang ni)...
  • Rajin untuk update blog ni..at least satu post seminggu (mampu ker???)
  • Cuba untuk kerap pergi ke pawagam untuk tonton filem yang menarik...sebelum ni asyik download jer, tengok kat laptop pun bukannya best sangat..tonton kat pawagam ada feel sikit..(katanya)
  • Usaha untuk meningkatkan disiplin diri, terutama about punctuality..aku ni asyik lewat jer, ke kelas lewat.. ke tempat kerja pun lewat sampai kena dapat amaran drpd manager...so harap 2011 aku leh improve pasal kelewatan aku ni...
  • Azam yang ni pulak setiap tahun aku buat tapi mcm nak tak nak tercapai jer: Mempertingkatkan aktiviti kecergasan dan amal ibadah (harap2 la leh tercapai lar...kena buangkan sifat malas tu...)

dan yang lebih penting,harapnya 2011 memberikan sinar yang lebih baik daripada 2010...



selamat tinggal 2010, selamat datang 2011....

Adios

p/s: ari semalam 11hb, birthday datuk CT..happy birthday datuk...

10 Januari 2011

Keputusan Rasmi ANUGERAH JUARA LAGU KE-25.....


Vokal Terbaik : Hafiz - Noktah Cinta

Persembahan Terbaik : Faizal Tahir - Hanyut


Tempat ke-3 : Noktah Cinta - Ajai/Sheikh Qalam/Hafiz


Tempat ke-2 : Drama King - Taja/Tun Teja/Meet Uncle Hussain feat Black


Juara : Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali





camane pandangan anda????

07 Januari 2011

25 Trivia Anugerah Juara Lagu..(yang perlu anda tahu) **update sampai AJL 26**


Halo..halo..halo..

Sudah 27 tahun AJL ini dianjurkan sebenarnya (aku pun belum lahir lagi).dan aku nak kongsi 25 trivia pasal AJL yang aku tau dan buat research sikit2 untuk tatapan korang...


  1. AJL yang pertama berlangsung pada 1986 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra, KL.Selain PWTC, acara AJL pernah diadakan di Dewan San Choo di Wisma MCA, Auditorium Besar Angkasapuri RTM, Sri Pentas Dua Plaza Alam Sentral dan Dewan Bandaraya Shah Alam. Kini AJL diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil sejak 6 tahun lalu.
  2. AJL selalunya disiarkan pada waktu malam tetapi pada edisi ke 10 - 13 (1995 - 1998), AJL disiarkan pada waktu petang.
  3. Sebanyak 9 lagu dipertaruhkan pada edisi pertama AJL. Kemudian bilangan dinaikkan kepada 11 buah lagu. Mulai edisi ke-7 (1992), sebanyak 12 lagu dipertandingkan, dengan 4 lagu mewakili salah satu drpd 3 kategori. Perubahan berlaku pada edisi ke-22 (2007) apabila 14 buah lagu dipilih dan bilangannya kekal sehingga edisi ke-25 (2010).Edisi ke-26 (2011) dan 27 (2012) menampilkan semula penyertaan sebanyak 12 buah lagu.
  4. Lagu-lagu yang beraksi ke peringkat akhir pada AJL yang pertama hingga AJL yang ke-6(1991) dipilih melalui Juara Bulanan.Format ini kemudian bertukar apabila sistem carta 20 & kategori diperkenalkan (Pop Rock/Balada/Irama Malaysia). 30 buah lagu yang mendapat pencapaian terbaik dalam carta akan bertanding dalam separuh akhir di mana 4 buah lagu dari setiap kategori akan mara ke peringkat akhir. Sistem kategori ini dibubarkan mulai edisi ke-24 dan 12 atau 14 buah lagu dipilih menerusi markah tertinggi dalam peringkat separuh akhir.
  5. Kebiasaannya penyanyi akan membuat persembahan dengan iringan okestra atau kombo tetapi pada edisi ke-2 (1987),ke-9 (1994) , ke-13(1998) dan ke-16(2001) persembahan penyanyi hanya diiringi muzik minus one.
  6. Pencipta lagu boleh mencari penyanyi gantian apabila penyanyi asal tidak dapat membuat persembahan. Memandangkan ada yang mengkritik polisi ini menyebabkan polisi ini dibubarkan pada edisi ke-12 hingga edisi ke-20. Namun polisi ini kembali digunapakai sejak edisi ke-21 kerana pihak penganjur menyifatkan bahawa yang bertanding adalah lagu, bukannya penyanyi.
  7. Cheryl Samad adalah pengacara wanita yang paling kerap mengacarakan AJL; 9 tahun berturut-turut sejak edisi-ke 19 hingga edisi ke-27.Azwan Ali pula adalah hos lelaki paling kerap menjadi hos AJL sejak edisi ke-4 hingga ke-10 (7 kali berturut-turut) diikuti dengan Ally Iskandar (edisi 20-25) dan Faizal Ismail (edisi 22-27), sebanyak 6 kali.
  8. Datuk Siti Nurhaliza & Dayang Nurfaizah adalah penyanyi yang pernah beraksi untuk ketiga-tiga kategori sebelum kategori dibubarkan.Datuk Siti pernah memenangi gelaran juara kategori bagi ketiga-tiga kategori manakala Dayang pernah menang menerusi dua kategori (kecuali Pop Rock).
  9. Datuk Siti Nurhaliza adalah satu-satunya penyanyi yang pernah memenangi kesemua anugerah di AJL kecuali Vokal Terbaik. Beliau juga adalah penyanyi yang mempunyai bilangan lagu paling banyak bertanding di AJL; 18 buah lagu. Beliau juga pernah beraksi dengan 3 buah lagu dalam satu edisi AJL, 4 tahun berturut-turut.
  10. M.Nasir, Yasin & Ana Rafalli membolot kesemua hadiah utama AJL sebagai penyanyi, pencipta lagu dan penulis lirik.
  11. Isabella (lagu tema filem Fenomena & Isabella), Ghazal Untuk Rabiah (Ghazal Untuk Rabiah) dan Pergi (Talentime) antara lagu tema filem yang memenangi Anugerah Juara Lagu.
  12. Antara artis bukan melayu yang pernah beraksi di AJL ialah Ben Nathan, kump. Alleycats (sebahagian), Jaclyn Victor, Casey, Vince, Stacy & Rich (Estranged).
  13. Anuar Zain, Erra Fazira, Exists, Syura & Stacy adalah penyanyi yang pernah bertanding lebih daripada 2 kali namun tidak pernah memenangi sebarang anugerah.
  14. Pada edisi awal AJL, Anugerah Persembahan Terbaik mempunyai 3 pemenang (tempat pertama, kedua dan ketiga). Mulai edisi AJL ke-8 (1993), persembahan terbaik hanya mempunyai seorang pemenang. Anugerah ini tidak dipertandingkan pada AJL ke-7.
  15. Vokal Terbaik diperkenalkan pada AJL ke-17, di mana Liza Hanim adalah pemenang yang pertama, diikuti oleh Misha Omar (dua tahun berturut-turut), Hazami, Adibah Noor, Jaclyn Victor & Lah Ahmad, Faizal Tahir, Black dan Hafiz. Hafiz satu-satunya penyanyi yang memenangi anugerah ini 3 tahun berturut-turut.
  16. Pada awal penganjurannya, hadiah kepada para pemenang ialah barang2 elektrik sebelum ditukar kepada wang tunai. Namun pada AJL ke-13, pemenang dihadiahkan dengan barang2 elektrik akibat kegawatan ekonomi. Oleh sebab ini juga, AJl ke-13 diadakan di Sri Pentas 2.
  17. Aishah, Datuk Siti Nurhaliza, Misha Omar, Jaclyn Victor, Adibah Noor & Ana Raffali antara penyanyi yang memenangi AJL menerusi single debut mereka.
  18. M.Nasir adalah penyanyi & komposer yang mengungguli paling banyak AJL iaitu sebanyak 4 kali; edisi ke-9,ke-12, ke-14 & ke-26.
  19. Azlan Abu Hassan adalah komposer yang berjaya ke AJL, 6 tahun berturut-turut. (AJL18-23)
  20. Habsah Hassan adalah penulis lirik paling kerap layak ke AJL.
  21. Aubrey Suwito & Pete Teo adalah komposer bukan Melayu yang pernah mengungguli AJL.
  22. Antara penyanyi yang paling kerap berjaya ke AJL:
    Datuk Siti Nurhaliza - 9 kali (AJL11-18, 22)
    Noraniza Idris - 8 kali (AJL12-15,17-20)
    Ziana Zain - 7 kali (AJL7, 11 -14, 17, 23)
    Nora - 6 kali (AJL 10,12,14,16, 21, 22)
    M.Nasir - 6 kali (AJL 5, 9, 12, 14, 16, 21)
  23. Antara penyanyi yang ke AJL berturut-turut:
    Datuk Siti Nurhaliza - 8 kali (AJL11-18)
    Noraniza Idris - 4 kali (AJL12-15 & 17-20)
    Ziana Zain - 4 kali (AJL 11-14)
    K.O.O.L - 4 kali (AJL10-13)
    Faizal Tahir - 5 kali (AJL 22-26)
    Mawi - 4 kali (AJL 20-23)
  24. Jamal Abdillah (AJL 1) & Faizal Tahir (AJL22) adalah penyanyi yang layak ke AJL menerusi 2 lagu dalam satu edisi AJL. Namun , mereka tidak dapat menyertai kerana menjalani hukuman. Jamal Abdillah ketika itu berada di pusat serenti manakala Faizal Tahir di'gam' daripada beraksi di TV gara-gara kontroversi 'buka baju'. Jamal diganti dengan Rohana Jalil & Azman Abu Hassan manakala Faizal diganti dengan Fiq & Bob.
  25. Lagu Getaran Cinta Di Jiwa nyanyian Liza Hanim yang layak ke final AJL13 adalah lagu paling lama dalam carta dalam sejarah muzik muzik & AJL iaitu sebanyak 51 minggu. Lagu finalis AJL 8, Ratnaku - Roy adalah yang paling sikit minggunya iaitu... 1 minggu.
  26. Lagu Terukir Di Bintang nyanyian Aizat yang menggantikan Yuna adalah satu-satunya lagu yang membolot anugerah juara keseluruhan pada edisi 7 yang dipersembahkan oleh penyanyi gantian.
  27. Jangkamasa terpanjang bagi penyertaan (dari pertama kali sehingga terkini) dalam AJL:
        Amy (Search) 23 tahun - edisi 4 hingga edisi 27
        Rohana Jalil 19 tahun - edisi 1 hingga edisi 20
        Ning Baizura 17 tahun - edisi 9 hingga edisi 26
        Ziana Zain 16 tahun - edisi 7 hingga edisi 23
Adios

04 Januari 2011

Ramalan Pemenang Anugerah Juara Lagu ke 25....


halo..halo..halo...

setelah akui berjaya menjadi ahli nujum tak bertauliah semasa time semi final dulu, sekarang aku nak buat ramalan pulak tentang siapa yang akan menjuarai Anugerah Juara Lagu kali ke -25 yang kan berlangsung pada 9hb Januari 2011..(hari sabtu ni jek)

Aku ni bukannya pandai sangat dalam bidang ciptaan lagu ni.Yalah karya seni kan abstrak..so aku pilih ikut rasa hati aku jer...edisi AJL sbelum ni pun aku buat ramalan dan kebanyakannya mengikut jangkaan..so kali ni aku pun nak buat ramalan jugak..huhuhu

Berdasarkan 14 buah lagu yang terpilih( boleh check kat sini)..aku jangkakan 3 lagu ini mendapat top 3.. lagu-lagu tersebut ialah..

(Klik pada tajuk lagu untuk mendengar lagu...)

Lagu ni aku target akan menang salah satu trofi dan mengulangi sejarah Lagu Untukmu. Tak tau lah kenapa, bila dengar lagu ni rasa mcm ada sesuatu pulak..

Lirik lagu ni simple jer, tp melodinya cukup kuat...kadang2 boleh terbuai sambil naik bulu roma..lagu ni mempunyai aura tersendiri lebih2 lagi dengan suara Faizal Tahir yang penuh penghayatan tu..


Lagu ini menjadi pilihan ramai untuk memenangi AJL.Melodinya ringkas tetapi menusuk dan lirik mempunyai maksud mendalam..walaupun aku rasa tak sehebat Dan Sebenarnya tetapi lagu ni ada peluang untuk menang...


Aku tak berani nak target yang mana jadi juara sebab ketiga-tiganya mempunyai potensi...aku tak kisah mana2 pun yang jd juara

Lagu2 lain yang berpotensi jugak untuk menang:

  • Noktah Cinta - Hafiz
  • Berlari - Tomok
  • Ku Ada Kamu - Adira
  • Pelita - A.P.I

So, camane pilihan korang lak...masing-masing mesti mempunyai pilihan sendiri..apa2pun kita tunggu keputusannya malam 9 Januari nanti..

Adios

p/s: aku turut meramalkan yang aku akan tengok AJL melalui TV sajor...
kredit gambar: Facebook Rasmi AJL25