poke here...

07 Januari 2011

25 Trivia Anugerah Juara Lagu..(yang perlu anda tahu) **update sampai AJL 26**


Halo..halo..halo..

Sudah 27 tahun AJL ini dianjurkan sebenarnya (aku pun belum lahir lagi).dan aku nak kongsi 25 trivia pasal AJL yang aku tau dan buat research sikit2 untuk tatapan korang...


  1. AJL yang pertama berlangsung pada 1986 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra, KL.Selain PWTC, acara AJL pernah diadakan di Dewan San Choo di Wisma MCA, Auditorium Besar Angkasapuri RTM, Sri Pentas Dua Plaza Alam Sentral dan Dewan Bandaraya Shah Alam. Kini AJL diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil sejak 6 tahun lalu.
  2. AJL selalunya disiarkan pada waktu malam tetapi pada edisi ke 10 - 13 (1995 - 1998), AJL disiarkan pada waktu petang.
  3. Sebanyak 9 lagu dipertaruhkan pada edisi pertama AJL. Kemudian bilangan dinaikkan kepada 11 buah lagu. Mulai edisi ke-7 (1992), sebanyak 12 lagu dipertandingkan, dengan 4 lagu mewakili salah satu drpd 3 kategori. Perubahan berlaku pada edisi ke-22 (2007) apabila 14 buah lagu dipilih dan bilangannya kekal sehingga edisi ke-25 (2010).Edisi ke-26 (2011) dan 27 (2012) menampilkan semula penyertaan sebanyak 12 buah lagu.
  4. Lagu-lagu yang beraksi ke peringkat akhir pada AJL yang pertama hingga AJL yang ke-6(1991) dipilih melalui Juara Bulanan.Format ini kemudian bertukar apabila sistem carta 20 & kategori diperkenalkan (Pop Rock/Balada/Irama Malaysia). 30 buah lagu yang mendapat pencapaian terbaik dalam carta akan bertanding dalam separuh akhir di mana 4 buah lagu dari setiap kategori akan mara ke peringkat akhir. Sistem kategori ini dibubarkan mulai edisi ke-24 dan 12 atau 14 buah lagu dipilih menerusi markah tertinggi dalam peringkat separuh akhir.
  5. Kebiasaannya penyanyi akan membuat persembahan dengan iringan okestra atau kombo tetapi pada edisi ke-2 (1987),ke-9 (1994) , ke-13(1998) dan ke-16(2001) persembahan penyanyi hanya diiringi muzik minus one.
  6. Pencipta lagu boleh mencari penyanyi gantian apabila penyanyi asal tidak dapat membuat persembahan. Memandangkan ada yang mengkritik polisi ini menyebabkan polisi ini dibubarkan pada edisi ke-12 hingga edisi ke-20. Namun polisi ini kembali digunapakai sejak edisi ke-21 kerana pihak penganjur menyifatkan bahawa yang bertanding adalah lagu, bukannya penyanyi.
  7. Cheryl Samad adalah pengacara wanita yang paling kerap mengacarakan AJL; 9 tahun berturut-turut sejak edisi-ke 19 hingga edisi ke-27.Azwan Ali pula adalah hos lelaki paling kerap menjadi hos AJL sejak edisi ke-4 hingga ke-10 (7 kali berturut-turut) diikuti dengan Ally Iskandar (edisi 20-25) dan Faizal Ismail (edisi 22-27), sebanyak 6 kali.
  8. Datuk Siti Nurhaliza & Dayang Nurfaizah adalah penyanyi yang pernah beraksi untuk ketiga-tiga kategori sebelum kategori dibubarkan.Datuk Siti pernah memenangi gelaran juara kategori bagi ketiga-tiga kategori manakala Dayang pernah menang menerusi dua kategori (kecuali Pop Rock).
  9. Datuk Siti Nurhaliza adalah satu-satunya penyanyi yang pernah memenangi kesemua anugerah di AJL kecuali Vokal Terbaik. Beliau juga adalah penyanyi yang mempunyai bilangan lagu paling banyak bertanding di AJL; 18 buah lagu. Beliau juga pernah beraksi dengan 3 buah lagu dalam satu edisi AJL, 4 tahun berturut-turut.
  10. M.Nasir, Yasin & Ana Rafalli membolot kesemua hadiah utama AJL sebagai penyanyi, pencipta lagu dan penulis lirik.
  11. Isabella (lagu tema filem Fenomena & Isabella), Ghazal Untuk Rabiah (Ghazal Untuk Rabiah) dan Pergi (Talentime) antara lagu tema filem yang memenangi Anugerah Juara Lagu.
  12. Antara artis bukan melayu yang pernah beraksi di AJL ialah Ben Nathan, kump. Alleycats (sebahagian), Jaclyn Victor, Casey, Vince, Stacy & Rich (Estranged).
  13. Anuar Zain, Erra Fazira, Exists, Syura & Stacy adalah penyanyi yang pernah bertanding lebih daripada 2 kali namun tidak pernah memenangi sebarang anugerah.
  14. Pada edisi awal AJL, Anugerah Persembahan Terbaik mempunyai 3 pemenang (tempat pertama, kedua dan ketiga). Mulai edisi AJL ke-8 (1993), persembahan terbaik hanya mempunyai seorang pemenang. Anugerah ini tidak dipertandingkan pada AJL ke-7.
  15. Vokal Terbaik diperkenalkan pada AJL ke-17, di mana Liza Hanim adalah pemenang yang pertama, diikuti oleh Misha Omar (dua tahun berturut-turut), Hazami, Adibah Noor, Jaclyn Victor & Lah Ahmad, Faizal Tahir, Black dan Hafiz. Hafiz satu-satunya penyanyi yang memenangi anugerah ini 3 tahun berturut-turut.
  16. Pada awal penganjurannya, hadiah kepada para pemenang ialah barang2 elektrik sebelum ditukar kepada wang tunai. Namun pada AJL ke-13, pemenang dihadiahkan dengan barang2 elektrik akibat kegawatan ekonomi. Oleh sebab ini juga, AJl ke-13 diadakan di Sri Pentas 2.
  17. Aishah, Datuk Siti Nurhaliza, Misha Omar, Jaclyn Victor, Adibah Noor & Ana Raffali antara penyanyi yang memenangi AJL menerusi single debut mereka.
  18. M.Nasir adalah penyanyi & komposer yang mengungguli paling banyak AJL iaitu sebanyak 4 kali; edisi ke-9,ke-12, ke-14 & ke-26.
  19. Azlan Abu Hassan adalah komposer yang berjaya ke AJL, 6 tahun berturut-turut. (AJL18-23)
  20. Habsah Hassan adalah penulis lirik paling kerap layak ke AJL.
  21. Aubrey Suwito & Pete Teo adalah komposer bukan Melayu yang pernah mengungguli AJL.
  22. Antara penyanyi yang paling kerap berjaya ke AJL:
    Datuk Siti Nurhaliza - 9 kali (AJL11-18, 22)
    Noraniza Idris - 8 kali (AJL12-15,17-20)
    Ziana Zain - 7 kali (AJL7, 11 -14, 17, 23)
    Nora - 6 kali (AJL 10,12,14,16, 21, 22)
    M.Nasir - 6 kali (AJL 5, 9, 12, 14, 16, 21)
  23. Antara penyanyi yang ke AJL berturut-turut:
    Datuk Siti Nurhaliza - 8 kali (AJL11-18)
    Noraniza Idris - 4 kali (AJL12-15 & 17-20)
    Ziana Zain - 4 kali (AJL 11-14)
    K.O.O.L - 4 kali (AJL10-13)
    Faizal Tahir - 5 kali (AJL 22-26)
    Mawi - 4 kali (AJL 20-23)
  24. Jamal Abdillah (AJL 1) & Faizal Tahir (AJL22) adalah penyanyi yang layak ke AJL menerusi 2 lagu dalam satu edisi AJL. Namun , mereka tidak dapat menyertai kerana menjalani hukuman. Jamal Abdillah ketika itu berada di pusat serenti manakala Faizal Tahir di'gam' daripada beraksi di TV gara-gara kontroversi 'buka baju'. Jamal diganti dengan Rohana Jalil & Azman Abu Hassan manakala Faizal diganti dengan Fiq & Bob.
  25. Lagu Getaran Cinta Di Jiwa nyanyian Liza Hanim yang layak ke final AJL13 adalah lagu paling lama dalam carta dalam sejarah muzik muzik & AJL iaitu sebanyak 51 minggu. Lagu finalis AJL 8, Ratnaku - Roy adalah yang paling sikit minggunya iaitu... 1 minggu.
  26. Lagu Terukir Di Bintang nyanyian Aizat yang menggantikan Yuna adalah satu-satunya lagu yang membolot anugerah juara keseluruhan pada edisi 7 yang dipersembahkan oleh penyanyi gantian.
  27. Jangkamasa terpanjang bagi penyertaan (dari pertama kali sehingga terkini) dalam AJL:
        Amy (Search) 23 tahun - edisi 4 hingga edisi 27
        Rohana Jalil 19 tahun - edisi 1 hingga edisi 20
        Ning Baizura 17 tahun - edisi 9 hingga edisi 26
        Ziana Zain 16 tahun - edisi 7 hingga edisi 23
Adios

Tiada ulasan:

Catat Ulasan