poke here...

26 Ogos 2010

Masak Tempoyak Ikan Patin

.Macam mana tiba2 pada suatu hari parents korang suruh korang masak utk berbuka? yg aku maksudkan ni masak lauk-pauk, bukannya masak air or nasi. mesti mgalabah tak tentu pasal.(ala cakap je lar korang tu malas).

..Petang semalam, sedang aku sibuk layan blog member aku, sayup2 abah aku panggil aku.Sebagai anak yang taat, aku pun datang ke arahnya.Hai, abah aku sakit kepala lagi & mcm tak larat nak masak jer..Aku pun tanya le ada ape? and then dia jawab: " tolong abah masak tempoyak ikan patin. abah cakap, che ikut." aku ok jer padahal dalam hati mak oii...boleh ke aku wat ni?Aku sebenarnya agak malas. Yelah, selalunya utk mengisi waktu sebelum berbuka, lepas asar, aku akan online sampai pkul 6 n then tok cite The Nanny sampai pkul 7..itulah rutin aku di bulan puasa ni.Memandangkan inilah peluang aku nak blajar masak tempoyak ikan patin, so aku turut je lar.Abah aku dah standby semua bahan2, tunggu nak masak je.Memandangkan dia x larat, so dia terpaksa la guna anak dia yg innocent ni.( motif innocent?)

Firstly,abah aku suruh aku tumbuk kunyit dulu dgn batu lesung. Aku yg penuh lagak ni menumbuk2 smpai melantun kunyit tu..abah aku dah pesan suruh hati2, jgn sampai melantun.Melantun jugak kunyit tu akhirnya, nasib baik dapat cover.Lepas tumbuk kunyit sampai lumat, aku tumbuk lada pulak..ni kena hati2 sebab takut terpercik ke mata..well, memandangkan aku dah biasa tumbuk lada ni, so tiadalah kejadian yg tak diingini berlaku...

After that, aku kena basuh beberapa helai daun kesum.abah aku suruh aku basuh betul2 sbab daun kesum ni bukan bersih sangat pun.maybe daun tu pernah kena pijak ke or kena benda2 yg kotor, so kena la cuci bersih2..2 batang serai ditumbuk dan semangkuk tempoyak turut aku sediakan, menurut kata abah.

Semua bahan2 tadi dimasukkan ke dalam periuk..dicampur jgak dgn asam keping n 1/2 sudu garam kasar. Abah aku cakap kalu masak lauk pauk kena guna garam kasar, baru sedap sikit..masukkan air lepas tu boleh masukkan ikan..kenalah bukak api sebelum tu, nanti sia2 je aku menumbuk.

Lepas menggelegak, masukkan timun muda, ala timun yang warna oren tu..abah aku gelarkannya lobak hijau?! isyh,pelik nama tu..lepas tu tambah air sampai ikan2 tu tenggelam & biar sampai masak..la, camtu je ke wat masak tempoyak ni, campak2 n biar jer...patut la abah aku boleh masak 2-3 jenis makanan dalam 1 jam...aku bleh wat sambal tumis dan telur goreng je...

Makanan tu pun dihidangkan pada waktu berbuka.kakak aku pun ada juga beli juadah yg lain.kira banyak sikit la pinggan kat atas meja tu..masakan aku tu menjadi walaupun tawar sikit..tapi sedap juga.Boleh la aku masak lagi lepas ni, tapi abah la yang sediakan semua bahan.hihihi



inilah rupa masak tempoyak ikan patin tu
(kredit gambar: google image)

23 Ogos 2010

Pengalaman di-INTERVIEW....

Sehari sebelum hari pertama Ramadhan, aku ada pergi interview. Ini interview aku buat kali kedua. Sebelum ini, aku ada interview kat sebuah agensi pekerjaan di Kuala Lumpur a.k.a KL. Kali ini, aku interview kat Hotel Seri Malaysia, Temerloh untuk jawatan bagi sebuah institusi kewangan. Nasib baik la kat Temerloh, dekat dgn rumah aku..tak payah susah2 nak turun KL.

Aku dapat tahu pasal interview ni bila pihak jobstreet hanta sms kat aku. Lepas dapat tahu, aku pun decide nak try. Siapkan semua sijil2 & resume siap mintak tolong kakak printkan resume aku kat office dia. Untuk interview tu, aku decide untuk pakai baju shirt warna hitam (abah sponsor) & seluar slack warna coklat yang last time aku pakai time studi kat matrik. Lama kot tak pakai seluar tu. Walaupun dah ketat, nasib baik aku muat lagi nak pakai (nampak la pinggang aku dah semakin lebar)..aku jarang pakai seluar ni sebab warnanya coklat...susah nak matching dgn baju

Interview tu dijangka mula pukul 10 pagi hingga 3 petang. So, aku plan utk pergi pukul 11 pagi. Since motor aku ada problem time tu( aku dah cite kat post sebelum ni), parents aku yang hantarkan aku.(gitu, anak yang baik)...Sampai je kat sana, terkezut aku, ramai jgak yang datang...macam pergi kenduri pulak..kebanyakan yang datang mcm dah ada pengalaman..Aisyhh..kecik pulak rasanya diri ini. Aku isi borang n antar resume n salinan sijil2 ke pegawai yang bertugas..

Inilah masa yang paling tak ditunggu2 oleh aku iaitu waktu menunggu untuk di-interview. Haiyo, lamanya kena tunggu sebab jumlah pemohon yang ramai.Nasib baik aku bawa MP4, tak lar bosan sangat. Nak bual2 ngan orang lain cam tak de mood la pulak..dah orang yang duduk sebelah aku senyap n macam x suka dilayan, aku pun senyap je lar..Aku pun perhatikan keadaan sekeliling.Majoriti datang dgn member2 so diorang x la bosan, boleh borak2. Ada juga yang datang dengan famili...bagi support gitu...

Minit2 terakhir sebelum aku dipanggil utk di-interview, aku borak la ngan seorang kakak ni. Dia pun cam friendly kan..kami pun crite la hal masing2...kakak ni smpat suruh aku gi toilet n cuci muka sebab muka aku dah berminyak sgt..hehe aku prasan sebenarnya tapi malas nak gi toilet sebab nak jaga tempat duduk :) dah la x bawa tisu & kertas serap minyak....nasib baik la kakak ni sanggup jaga tmpat duduk aku smntara aku gi toilet...thanks akak 4 taking care of me

Setelah menunggu lebih 4 jam termasuk 1 jam waktu rehat..akhirnya nama aku dipanggil untuk ditemuduga..time penemuduga tu panggil nama aku, dia terkezut...aku pun x tau knape...maybe dia pelik sebab muka n imej aku tak sama dengan yang terdapat dalam gambar pasport aku..hehehe..mulanya saat utk diinterview...dia suruh aku explain about myself, kenapa mereka perlu hire aku and pngetahuan aku tentang skop kerja...hehehe aku speakin la walaupun teragak2..dua soalan pertama tu aku leh jawab tp yang ketiga tu aku main jawab je...manalah aku tau produk diorang..kalu produk makanan aku tau la...

Tempoh interview aku sekejap je,dalam 15 minit.Ok,aku terpaksa menunggu selama 4 jam untuk interview 15 minit jer....! sabar2...aku pun balik dgan jayanya..sebab aku rasa aku dah buat yang terbaik..tapi aku tak la mengharap sangat.. btw, pasti korang nak tau jawatan ape kan? setelah penemuduga tu explain. baru la aku tau yang jika berjaya, aku akan diberi jawatan eksekutif jualan...ala yang jual2 insuran tu...aku dah agak tp saje buat2 tak tahu...pasal tu aku tak mengharap sgt...kalu dpt, dapat la..(tapi tak sure la aku nak terima jawatan tu atau tak). aku pun balik rumah dengan naik bas jer...hahahaha

19 Ogos 2010

..DATUK SITI N DATUK SHARIFAH AINI DAH BERBAIK......!



Jangan terkesima ye...Dato CT n Kak Pah kite dah berbaik semula!Alhamdulillah, bagus la mcm tu. buang yg keruh ambil yang jernih. Persengketaan yang berlaku sejak 6 tahun lalu angkara e-mel layang, akhirnya kembali jernih...terkejut jugak aku dgar berita ni tapi aku happy jugak setelah mereka memilih untuk berdamai di bulan Ramadhan yang mulia ini....yelah dunia seni ni kecik jer..pi ma pi mai jumpa gak...
Khabarnya, teman-teman wartawan yang gigih menyatukan mereka berdua..bagus mereka semua ni.Gambar ni diambil untuk fotografi Hari Raya Aidilfitri, korang tunggu je la bile keluar di pasaran nanti...

..Yea! Tax aku dah setel!!!!

.....pagi tadi (18 Ogos)aku dapat call dr kedai motor.Walaupun panggilan itu tidak sampai 10 saat, tapi ianya menggembirakan hari aku (poyo jer).Pemanggil itu memberitahu bahawa road tax aku dah siap.Ala road tax yang aku cite kat post sebelum ni...akhirnya dah siap and boleh ambil...yeppie..boleh la aku ronda2 lepas ni..

..Aku dpt call dlm pkul 9.09 pagi (semangat cek masa panggilan kat hanset)..ingatkan nak pergi ambil lepas tu tapi pegi tido plak...ingatkan nak pegi waktu petang, abah aku keluar pulak..nak petik buah langsat katanya...so terpaksa la jaga rumah..akhirnya, aku tak jadi nak ambil.Aku pun malas nak pergi ambik waktu petang2 camtu...

..Tika aku menaip post ni aku x ambil lagi road tax.so, aku plan nak pegi pagi besok...pagi2 aku kena gi ambil...tapi sebelum tu kena la tukar minyak hitam moto dulu..huhuhu...

p/s: macam mane nak bawa moto ye? dah lupa lak

17 Ogos 2010

..You're So YESTERDAY...

TONI BRAXTON - YESTERDAY

Gave you the benefit of the doubt
Till you showed me what you were about
Your true colors came out

And your words couldn’t hide the scent
Cuz the truth about where you've been
Is in a fragrance I can’t recognize

Standing there
Scratching your head
Blood shot eyes, drunk with regret
(hanging yourself ten feet over the edge)

I’m done with this
Feeling like an idiot
Lovin you, I’m over it
I just don’t love you, don’t love you no more

You, you are so yesterday
Never thought you’d lose my love this way
Now you come begging me to stay

Say, you, you are so yesterday
I won’t let you rain on my parade
Don’t wanna hear a thing you say
So yesterday

Funny now how I’m gone
The little light in your head came on
Now you realize it's all your fault

Don’t you wish you had a time machine
That way you could change history
That's the only way that you could be with me

Standing there
Scratching your head
Blood shot eyes, drunk with regret
(hanging yourself ten feet over the edge)

I’m done with this
Feeling like an idiot
Lovin you, I’m over it
I just don’t love you, don’t love you no more….

You, you are so yesterday
Never thought you’d lose my love this way
Now you come begging me to stay

Honey, you, you are so yesterday
I won’t let you rain on my parade
Don’t wanna hear a thing you say
So yesterday

And now you wanna reminisce
Say you wanna try again
Started with a little kiss
(we can’t even regret) no no

now I never wanna see you, never wanna feel you
ever wanna hear you
I don’t love you, don’t need you, can’t stand you
No More…..

You, you are so yesterday
Never thought you’d lose my love this way
Now you come begging me to stay)

Baby, you……
you are so yesterday
I won’t let you rain on my parade
Don’t wanna hear a thing you say

So yesterday
So yesterday
So yesterday




....lagu yang menyentuh hatiku..single terbaru dari Toni Braxton..kepada yang patah hati tu sesuai la dgar lagu ni...


nak dengar?

klik sini - utk versi solo

klik sini - utk versi duet (with Trey Songz)

14 Ogos 2010

TAX yg hampir nak selesai....

..Selamat berpuasa kepada semua.Hari ni (14/8/2010) dah masuk hari ke-4 kita berpuasa.Bagi aku, puasa tahun ni meriah sikit sebab aku dapat berbuka dgn family pada hari 1st puasa.Yelah, sebelum ni aku buka kat sekolah / U je.Inilah kali pertama setelah 6 tahun aku dapat berbuka di rumah..best...best....


..Hari khamis aritu yakni hari kedua Ramadhan, aku teman abg aku gi servis kreta dlm pukul 10 pg.Time nak pegi tu, aku dapat mesej dr kakak aku yg suruh aku gi buat road tax utk motor aku. FYI, road tax moto aku dah 3 bulan expired.Aku dah bayar pun insuran dulu tp dsebabkan kena blacklist, road tax tu x dapat disiapkan.Geram aku!!!!dah la aku terpaksa guna duit elaun tesis JPA aku, tetiba road tax plak ada prob...kalu aku tahu, aku wat awal2 dulu. dah la kerani kat kedai moto tu wat aku mnyampah ngan perangainye yg hampeh..(hello ko to kerani je ye, nak wat muka poyo plak)...


..Berbalik cite pasal kakak aku td, dia ckp sesiapa yg kena blacklist pasal saman, dah bleh wat road tax mulai 12 ogos 2010 wat sampai bulan Februari 2011...so dia suruh aku gi kedai motor tu n tanya pasal permohonan road tax moto aku tu..aku pun pegi la n nasib baik jumpa ngan tauke kedai tu...die ni baik sikit, x la mcm kerani die yg lain...aku pun tanya tentang problem aku n dia pun jawab bahawa aku leh mohon balik tp kena ada surat kelulusan dr JPJ yg aku leh wat road tax..aikkk? bukan ke JPJ dah padam status blacklist tu...x kan nak mintak surat kot...aku pun plan nak gi JPJ lepas temnkan abg aku gi srvis..



...Sampai kat JPJ, aku pun explain kat pegawai tu. Masa tu dah dkat pukul 1 & pegawai tu siap suruh aku pegi petang sebab dia ingatkan aku nak bayar saman.Aku pun explain problem aku n nasib baik dia tolong. Dia kata aku dah bleh wat road tax n seperti yg aku dah jangka, dia x bg surat kelulusan ape2 pun. Aku mntak n dia ckp x payah nak bersurat2...Haiyo!!! (Abang pegawai ni pun x sabar2 nak rehat, padahal bulan puasa kot).Aku bercadang nak gi kedai tu keesokannya pasal mata aku dah berat sgt petang tu.Mgantuk sgt sbab aku x cukup tidur..yelah mlm sebelum tu aku pekena kopi secawan, terus berjaga sampai pkul 4, n pkul 5 dah kena bgun sahur...




...Pagi keesokannya, aku call pejabat skim ansuran tu. Diorang ni la yg aku berhutang n handle pasal road tax, kedai moto tu just jd agen je.Pegawai tu ckp, aku leh wat road tax n x payah nak bersurat2 since aku dah dapat pengesahan dr JPJ.Lepas solat Jumaat, aku gi kedai moto tu n explain pasal surat tu.Dan aku pun terpaksa menahan telinga dengar kerani ni membebel..haiyo amoi, u leh wat kerja guna tgn ka? asyik guna mulut je..dah la ckp aku ni akan kutuk n ckp dia x wat kerja...wah2 bile masa plak aku nak cakap pasal u....n u siapa yg gua perlu nak cakap? Choi, tp dia ni ok la skit dr kerani poyo sorang lagi tu(yg aku mention kat first paragraph)...dia cakap banyak n wat kerja pun ok...kira balance lar..dia pun try solve masalah aku dgn jayanya..dia pun try call pegawai tu balik tp x terangkat plak, so dia suruh aku call pegawai tu...sampai je rumah, aku call. Pegawai tu x de jugak n aku pun tnggalkan pesanan aku kat member dia...



..Baru aku perasn yg kerani2 ni bukannye tau pun pasal saman blacklist yg ditarik balik tu..Lepas tu poyo, kata tau segala bagai..diorang ckp yg sekarang sistem tgah down n aku leh wat permohonan sampai ari jumaat je, paal tu kena da surat..huh...Aku kena tunggu la dlm 2-3 hari lagi baru dpat road tax. kesian kat moto aku...lama dah aku x naik..kalu ada road tax, leh lar aku jalan2....harap2 sume setel hendaknya di bulan yg mulia ni...


05 Ogos 2010

...OPEN YOUR HEART TO ME.....

Setelah 7 bulan lebih,daripada aku jd mahasiswa hinggalah sekarang jd penanam anggur sejati...barulah sekarang aku mula nak tulis dalam blog ni.Walaupun aku tau brapa kerat orang je yg baca blog ni tapi aku stil nak tulis jgak.Sebenarnya sebab aku ni yg suka baca blog orang laen, menyebabkan aku nak keep on writing in this blog.

So ape cer yg aku nak tulis yek? o.k la mesti korang tertanya nape aku punya tajuk post aku mcm tu?....aku nak korang terus keep on reading open your heart to my blog, bleh? ye la aku pun baru lagi dalam dunia blogging ni...

actually tu bait2 lirik lagu Madonna...recently, aku suka sangat dgar lagu Madonna..ni gara2 tgok cite Glee la ni.Sume lagu Madonna aku donlod. Siap refer to wikipedia lg, n then carik lagu2 madonna kat 4shared,lpas tu donlod lar...

My fav. Madonna's song rite now are Like A Prayer, Like A Virgin (macam aku), Open Your Heart, Frozen and Live To Tell..Lagu Live To Tell ni sebenarnye dah lama ku carik tp x tau tajuk le plak...akhirnya, setelah wat research, akhirnya dapat gak lagu ni..lagu ni lagu fav. aku time kecik2 dulu...

Madonna ni hebat jgak, banyak lagu die reach NO. 1 worldwide and hit sampai sekarang...tp biasa la artis barat, penuh ngan kontroversi tp aku letak tepi sume tu sebab yg penting ialah muzik n lagunye...

aku dgar cite awal tahun ni yg ada beberapa promoter nak bwk Madonna perform kat M'sia..ntah betul atau tak..tp kalu betul, bleh la aku gi itupun kalu aku ada duit lar...ye la tiket mesti lebih 100 hinggit...mesti sold out la tiket tu..

nak tau pasal Madonna? klik kat sini:

adios...