poke here...

23 Ogos 2010

Pengalaman di-INTERVIEW....

Sehari sebelum hari pertama Ramadhan, aku ada pergi interview. Ini interview aku buat kali kedua. Sebelum ini, aku ada interview kat sebuah agensi pekerjaan di Kuala Lumpur a.k.a KL. Kali ini, aku interview kat Hotel Seri Malaysia, Temerloh untuk jawatan bagi sebuah institusi kewangan. Nasib baik la kat Temerloh, dekat dgn rumah aku..tak payah susah2 nak turun KL.

Aku dapat tahu pasal interview ni bila pihak jobstreet hanta sms kat aku. Lepas dapat tahu, aku pun decide nak try. Siapkan semua sijil2 & resume siap mintak tolong kakak printkan resume aku kat office dia. Untuk interview tu, aku decide untuk pakai baju shirt warna hitam (abah sponsor) & seluar slack warna coklat yang last time aku pakai time studi kat matrik. Lama kot tak pakai seluar tu. Walaupun dah ketat, nasib baik aku muat lagi nak pakai (nampak la pinggang aku dah semakin lebar)..aku jarang pakai seluar ni sebab warnanya coklat...susah nak matching dgn baju

Interview tu dijangka mula pukul 10 pagi hingga 3 petang. So, aku plan utk pergi pukul 11 pagi. Since motor aku ada problem time tu( aku dah cite kat post sebelum ni), parents aku yang hantarkan aku.(gitu, anak yang baik)...Sampai je kat sana, terkezut aku, ramai jgak yang datang...macam pergi kenduri pulak..kebanyakan yang datang mcm dah ada pengalaman..Aisyhh..kecik pulak rasanya diri ini. Aku isi borang n antar resume n salinan sijil2 ke pegawai yang bertugas..

Inilah masa yang paling tak ditunggu2 oleh aku iaitu waktu menunggu untuk di-interview. Haiyo, lamanya kena tunggu sebab jumlah pemohon yang ramai.Nasib baik aku bawa MP4, tak lar bosan sangat. Nak bual2 ngan orang lain cam tak de mood la pulak..dah orang yang duduk sebelah aku senyap n macam x suka dilayan, aku pun senyap je lar..Aku pun perhatikan keadaan sekeliling.Majoriti datang dgn member2 so diorang x la bosan, boleh borak2. Ada juga yang datang dengan famili...bagi support gitu...

Minit2 terakhir sebelum aku dipanggil utk di-interview, aku borak la ngan seorang kakak ni. Dia pun cam friendly kan..kami pun crite la hal masing2...kakak ni smpat suruh aku gi toilet n cuci muka sebab muka aku dah berminyak sgt..hehe aku prasan sebenarnya tapi malas nak gi toilet sebab nak jaga tempat duduk :) dah la x bawa tisu & kertas serap minyak....nasib baik la kakak ni sanggup jaga tmpat duduk aku smntara aku gi toilet...thanks akak 4 taking care of me

Setelah menunggu lebih 4 jam termasuk 1 jam waktu rehat..akhirnya nama aku dipanggil untuk ditemuduga..time penemuduga tu panggil nama aku, dia terkezut...aku pun x tau knape...maybe dia pelik sebab muka n imej aku tak sama dengan yang terdapat dalam gambar pasport aku..hehehe..mulanya saat utk diinterview...dia suruh aku explain about myself, kenapa mereka perlu hire aku and pngetahuan aku tentang skop kerja...hehehe aku speakin la walaupun teragak2..dua soalan pertama tu aku leh jawab tp yang ketiga tu aku main jawab je...manalah aku tau produk diorang..kalu produk makanan aku tau la...

Tempoh interview aku sekejap je,dalam 15 minit.Ok,aku terpaksa menunggu selama 4 jam untuk interview 15 minit jer....! sabar2...aku pun balik dgan jayanya..sebab aku rasa aku dah buat yang terbaik..tapi aku tak la mengharap sangat.. btw, pasti korang nak tau jawatan ape kan? setelah penemuduga tu explain. baru la aku tau yang jika berjaya, aku akan diberi jawatan eksekutif jualan...ala yang jual2 insuran tu...aku dah agak tp saje buat2 tak tahu...pasal tu aku tak mengharap sgt...kalu dpt, dapat la..(tapi tak sure la aku nak terima jawatan tu atau tak). aku pun balik rumah dengan naik bas jer...hahahaha

2 ulasan:

  1. "nasib baik aku muat lagi nak pakai (nampak la pinggang aku dah semakin lebar)". adakah ini menandakan anda telah semakin mengembang..huhu..

    BalasPadam