poke here...

17 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



MAAF ZAHIR BATIN DARIPADA AKU JIKA AKU ADA SALAH DAN SILAP ATAU KATA2 AKU DALAM BLOG NI MENYINGGUNG PERASAAN SESETENGAH PIHAK...SALAM LEBARAN 1430H

11 September 2009

REUNION INTEP


Pada pagi jumaat 28 ogos lalu aku dapat satu mesej dari I.D, close friend aku tika zaman bangku sekolah dulu...mesej dia berbunyi begini..Para alumni intepz 2005, dijemput ke majlis berbuka puasa pada 30 Ogos 2009 di Mid Valley...time tu aku berbelah bahagi nak pegi atau tak sebab aku rasa cam nak balik kg...yelah time cuti merdeka...las2 aku decide nak pegi reunion tu...aku pun msej la member2 lain namun ramai x dapat pgi sebab:


1) pengumuman yg diberi last minute...mereka yg nun kejauhan dr kotaraya KL x boleh nak hadir...


2)segelintr mahu menikmati cuti merdeka dan bulan Ramadhan bersama keluarga tersayang


3)ada jugak sesetengah yg akan pergi kalu someone (best fren kot) tu turut pegi


mmm macam x nak pegi jek...tp x pe la sebab ada member lain...lgpun dah lama x jumpa..time ne la nak jumpa...

pada hari tersebut aku pun bertolak dari hostel aku pada pkul 4.00...perjalanan ke Mid menyenangkan sebab komuter dan LRT x penuh ngan orang ramai yg bersatu Malaysia...maybe ramai dah keluar awal kot..along the way, aku mesj ngan I.D...tanya kat mana diorang berkumpul,dah sampai ke belum...at least aku x la sesat kat mid nanti...

pkul 5.00 petang aku berjaya menjejakkan kaki ke mid valley...terus aku pergi surau nak solat asar...takut nanti terbabas pulak...seperti yg aku jangka aku akan jumpa ngan few of them kat surau...teruja la tika berjumpa...wah..BENJY....lama x nampak...chewah...and the funny thing ( i dont know why is so funny about) aku berjumpa ngan my dear rumate..las2 rumateku sendiri yg aku jumpa..nasib baik dalam surau, kalu x aku dah terbahak-bahak...terpaksa la aku tutup mulut....jaga kelakuan

mengikut mesej dari I.D, kami semua akan berbuka di Pizza Hut...aku pun pelik x tentu pasal sebab yg aku tau susah nak reserve meja kat piza hut mid ni...lg satu kalu wat kat piza hut alamatnya berapa orang jek yg datang..tekaan aku tepat kerana hanya lebih kurang15 orang sahaja yg datang...dari UKM,UPM,UiTM,UM dan UPNM....dan kawasan2 yg sama waktu dengannya..

aku x kesah psal sikit atau x...janji hepi...lepas bersalam-salaman (macam raya plak) biasa lar borak2..lama x dengar cite kan...huhuhu..pkul 6 akhirnya pihak piza hut membenarkan pengunjung menempah meja.. dan kami pun masuk dengan jayanya...

sambung borak2 lagi lepas tu...time2 menunggu waktu berbuka dan makanan sampai...sempat la aku snap beberapa keping gambar...wat kenangan..n then berbuka time...makan piza la x kan makan ayam kentucky kot...

lepas habis makan,kami pun gerak r...ambik gambar ramai2 n then terus menuju ke surau Jusco untuk menunaikan solat Maghrib di kala waktu Isyak hampir tiba...nasib baik kitorang sempat tanpa perlu qada'...

lepas tu jalan beramai2 n then bersurai..yelah sebab ramai yang letih n then nak pulang awal..biasalah busy ngan studi masing2... lepas say gudbye kitorang pun berpisah tepat jam 9.00 dan membawa haluan masing2..(macam couple nak bercerai jek)....

so,itulah aktiviti aku di malam merdeka..aku sampai ke bilik dalam pukul 10.30...dan meraikan detik2 merdeka dengan menonton 1957 Hati Malaya di TV2....

ada few things yg aku nak cakap based on reunion ini..macam corat-coret la:

1) x tau la nape aku x puas makan piza aritu...selalunya kalu makan piza aku mesti rasa puas n kenyang sangat...tapi malam tu macam biasa jek walaupun 3 keping piza aku lantak...


2) my dear fren izzah asyik2 nak mengambil gambar kitorang je..time nak turun tangga..nak pakai kasut ...tgah menguap pun nak ambik gambar...huhuhu..dia cakap bukan selalu pun kita berjumpa..time ni je lah yg boleh...aku x kesah ambik gambar banyak2..biasa la aku kan ala2 model n fotogenik..rugi x banyak borak2 ngan ko, izzah....x pe lepas ni kita keep in touch di dunia maya


3) selalunya aku gemar menaiki Star LRT tetapi perasaan suka tu berkurangan sejak malam tersebut...bayangkan ketika nak pulang, aku kena menunggu selama setengah jam untuk menaiki tren yang hanya mengambil masa kurang dari seminit untuk ke destinasi kunjungan hamba...memang menguji kesabaran di bulan puasa ini....


4) lepas reunion ni baru aku sedar bahawa apa yang telah berlaku ke atas diri kita dulu sukar untuk diubah..kalu anda senyap satu ketika dulu bersama insan2 tertentu, anda akan tetap senyap jika berjumpa ngan mereka 5 tahun akan datang...aku kembali menjadi benjy 5 pendita...begitulah situasinya tapi much better than dulu...diorang pun maybe faham..


5) sorang member Afieq meyarankan bahawa reunion ni eloknya dibuat selepas 10 tahun or lebih dari itu...bukan ape nampak la sikit perubahan yg berlaku ke atas diri masing-masing...aku pun tengok mereka pun x banyak sangat yg berubah..cuma lebih cantik ,lebih handsome, berisi. lebih kurus, lebih bergaya dan pandai menggunakan make-up...


6) brcakap pasal perubahan, aku nak bagi kredit kat Izzah n Afieq...sebab perasan perubahan kat muka aku..dulu time sekolah aku mempunyai maslah kulit muka yg teruk,sekarang Alhamdulillah beransur hilang...aku juga perasan time reunion ni aku rasa lebih tinggi daripada biasa..dulu rasanya peli sama tinggi ngan aku tp time jumpa petang tu tengok dia rendah sikit.. maybe kasut aku membantu kot...


apa2 pun everything berjalan dengan lancar...x de terkurang or terlebih...semua ok..thanks kepada sume yg datang ke majlis tu (majlis ke?)