poke here...

29 Julai 2009

KELAB GAMELAN UPM bergema di PTM,BANGI

Jumaat lepas,24 Julai 2009, kelab Gamelan UPM yg turut disertai oleh aku terlibat dalam satu persembahan di Malaysia Energy Centre (PTM) di Bangi. Persembahan ini adalah bersempena dengan perasmian bangunan pejabat baru PTM dan Dasar Teknologi Hijau. Bukan calang-calang tetamu yang datang tau,PM kita Dato’ Seri Najib Tun Razak yang rasmikannya. Aku excited la sebab ni la first time aku terlibat dengan show with kelab gamelan dan boleh berjumpa dengan PM lebih dekat.

Ahli kelab Gamelan sebenarnya seramai 9 orang tapi yg dapat join cuma 4 orang jek (aku,Danial,Rez n Ila) sebab yang lain ada kuliah hari tu.. 4 orang jek mana cukup nak wat show so trainer kitorang ajak 4 orang lg studentnya dari ASWARA
untuk membantu kitorang..yelah geng2 aku ni mana lah expert sangat..nanti kalu sumbang-mambang buat malu je…Aku nervous jugak sebab ini first performance aku n then aku x tau mcm mane flow majlis,kedudukan alat muzik sebab aku x dapat datang utk reherseal hari sebelumnya..sebab ada kuliah..nasib baik member aku explain kat aku serba sedikit.pada awalnya aku kena main sarong pekin tapi sebab aku x brapa confident nk main alat tu so aku tukar ngan sarong demong..(aku cakap pasal alat2 muzik gamelan ni macam korang tau je ekk)…

alat yang aku main-mainkan...

Pada hari show tu kelam kabut aku..kitorang sepatutnya bertolak pukul 12.00 tapi terlewat 20 minit sebab aku n Danial ada meeting Gerak Ilmu Kelab Matematik pagi jumaat tu..Encik Ghani (pegawai yg in-charge kitorang) yang membawa kitorang ke PTM..kitorang sampai dalam pukul 1.00 tghhari..sebaik sampai,kitorang frust sebab x de makanan yg disediakan time tu aku punya la lapar sebab x makan dr pagi td..dah la bangun lambat,bergegas ke meeting lepas tu kena pegi show..


Lepas tu, aku pegi solat Jumaat dulu..luckily, ada masjid sebelah bangunan tu,x payah risau2 nak solat..habis solat, terus bersiap n get ready sebab majlis will start about 40 minutes..dalam time menuggu tu sempat jugak tangkap gambar..kemudian 4 pemain muzik dr ASWARA tu pun sampai n sempat gak berkenalan…


ila n danial...peace!

Kitorang pun pergi ke pentas yg disediakan untuk wat last minute preparation…sempat jgak main few songs..after 30 minutes dalam pukul 3 lebih our PM pun sampai..kitorang pun get ready n mula main alat muzik lepas pengumuman ketibaan PM ...cuak r aku risau salah tempo tp nasib baik sume in control..aku rasa cam best jek main gamelan time tu...ktorang main la dengan penuh konsentrasi sampai ada seorang V.I.P tu puji…wah gitu…Ktorang memperdengarkan muzik gamelan time mula dan tamat majlis serta time perarakan PM ke tempat makan…


pemain yg sempat berposing....

Lepas habis main,ktorang punya la lapar…aleh2 dapat nasi bungkus je iaitu makanan tgh hari td…hai x de makanan yg current ke??? Nasib baik nasi minyak tu sedap..la kalu lapar sume benda jd sedap..nasib baik ada seorang abang tu jemput kitorng makan ke khemah tempat makan PM td tp lepas PM habis makan la…time tu aku punya la naik syeh…sume makanan aku ambik…sedap sate,roti jala,mihun,karipap,kek…huuuuu…kembung perut aku…yelah catering yg menyediakan makanan tu datngnya dr Palace Of The Golden Horses…patut la sedap..



Dalam pkul 6 kitorang berangkat balik…tp yg x syoknya boleh plak beg aku n member aku,Danial yg terletak kat bilik persalinan boleh ghaib…nasib baik pengurus kitorang kat sana,Abg Zulhilmi settlekan sume masalah…aku dapat sume barang aku…nak kena mengangkat alat2 gamelan tu satu hal…aduh terpaksa la tolong walaupun tgah letih sebab banyak makan…huhuhu..

lepas tu plak sibuk pasal goody beg,Ila ni lah sibuk nak beg tu(tp dia ckp en.ghani)…kitorang x kisah kalu x dpat tp terkilan jgak sebab x dapat..bleh plak kakak tukang bagi beg tu juz bg beg tu kat pasukan keselamatan yg duduk kat sebelah meja makan kitorang..x pandang langsung kat kami yg penat membawa kemasyhuran muzik gamelan dalam majlis tu…bengang lar..mentang2 la jantan hensem kat situ (hensem ke?) jd gatal la…padahal kitorang ni lg hot…dgan pertolongan kenalan en.ghani,kitorang dapat 10 goody bag yg akhirnya jd hiasan dan buat menyemak je bilik aku ni


wit danial n rez...

Thanx to en ghani yg bawa kitorang n 4 member dr Aswara,Khai,Purnama,Syuk,Hafiz yang rocksss!!! Gendang korang mantap la…wat semngat aku naik….phewittt…x sabar nak tunggu show seterusnya…time konvo UPM nanti…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan