poke here...

16 Julai 2009

LAGU INDONESIA vs LAGU MALAYSIA

Topik yang kontroversi ini sedang melanda industri muzik sejak beberapa tahun ni..lagu2 dari artis indonesia semakin mendapat tempat di hati penggemar muzik. Kebanyakan stesen2 radio semakin rancak memainkan lagu dari seberang ni…best sangat ke lagu indon ni compared tu lagu Malaysia?…ramai penggiat seni suara tanah air sedang gelisah mengenai hal ini…yelah ia berkaitan dengan periuk nasi diorang..kalu lagu Indonesia je yang bermaharajalela kat radio, macam mana diorang nak promosi lagu diorang n jual album sampai laku…

Kita pernah dengar jugak banyak cara yang digunakan untuk selesaikan masalah ini..antaranya ialah wujudkan kouta 90 : 10…90 peratus kandungan siaran lagu di stesen radio adalah keluaran tempatan manakala selebihnya luar Negara..sesetengah menyokong dan ada yg tak…biasalah manusia hati lain2..tp kalu cara ni digunakan pun adakah ia dapat selesaikan masalah tersebut???

Sekadar mengimbas, lagu2 indonesia mula mendapat tempat di hati para pendengar di Malaysia pada sekitar 70an dan awal 80an…ketika itu nama2 artis seperti Broery Marantika, Tetty Kadi, Hetty Koes Endang, Diana Nasution meniti di bibir peminat2. Sampai sekarang lagu2 mereka menjadi kegilaan..lagu2 macam Kasih (Hetty Koes Endang), Mimpi Sedih (Tetty Kadi), Layu Sebelum Berkembang (Broery), Benci Tapi Rindu (Diana Nasution), Widuri (Bob Totupuli) menjadi siulan..tanyalah parents or pakcik n makcik mesti diorang pernah dengar lagu2 ni…sampai generasi sekarang pun lagu2 pada zaman ni menjadi siulan…ingat x lagu Singkong & Keju?sampai sekarang lagu tu mencuit hati para pendengar….

Kemudian pada akhir 80an hingga akhir90an muzik Indonesia tidak begitu menyerlah di pasaran…pada waktu ni jgak industri muzik Indonesia tidak begitu hangat…mungkin disebabkan kebanyakan penyanyi asyik membawa rentak yg sama malah tidak banyak band ketika itu yg dilahirkan menyebabkan x banyak penyanyi indon yg menembus pasaran di Malaysia ketika itu…Keadaan ini memberi peluang kepada penyanyi dr malaysia utk mencipta nama di Indonesia..dengan kelainan yg ditonjolkan menyebabkan mereka senang meraih perhatian peminat2 di sana…mulalah kegilaan orang Indonesia terhadap Sheila Majid, Search, Iklim, Exist, , U.K’s, Slam dan Siti Nurhaliza…sehingga kini lagu2 diorang menjadi siulan kepada peminat muzik Indonesia….haa! jangan ingat artis2 Malaysia x boleh jual…kita pun hebat ape….

Pada awal abad ke-21, industri muzik Malaysia n Indonesia boleh dikatakan stabil…kita pun masih menerima kemasukan penyanyi Indonesia dan penyanyi Malaysia masih lg mendapat sambutan..aura lagu2 indon mula menguasai pasaran bila beberapa artis menjadi pujaan peminat Malaysia…Krisdayanti, Sheila On 7, Peterpan, Melly Goeslow, Rossa, Radja, Samson, Dewa 19, Ungu dan macam2 lg…lagu2 mereka pun menjadi juara dalam carta lagu berminggu-minggu menewaskan lagu dr artis Malysia..jualan album semakin hebat dan pihak korporat berlumba2 memberi tajaan konsert, endorsement dan member peluang kpd mereka membina nama di Malaysia…fenomena ini membimbangkan para penggiat muzik Malaysia di mana mereka sendiri terangkak-rangkak mencari peluang di Negara sendiri…peluang untuk menonjolkan muzik mereka yg standing (malah ada yg lebih baik) dr artis Indonesia..

So, apa cara yang boleh kita wat untuk menyelamatkan industri muzik tanah air kita tanpa menyekat kemasukan muzik dari Indonesia? Kita mesti mahu dengar lagi lagu Indonesia..Memang agak pening untuk fikir macam mana caranya but setiap masalah mesti ada penyelesaiannya kan???? Aku ada few suggestions to solve this problems(pandangan aku la)..antaranya:

1) Jadikan artis Indonesia sebagai ‘international act’…yelah artis Indonesia pun artis luar Negara so kenalah berpada-pada mainkan lgu diorang…x kan lah sampai 6-8 buah lagu Indonesia..dalam satu jam..x adil la maknanya..aku dpt cadangan ni pun setelah membaca artikel tulisan salah seorang bekas reporter hiburan NST,x silap aku suraya namanya…Dalam 1 jam tu eloklah 2 hingga 3 buah lagu je dimainkan dalam satu jam..yg lain lagu dari artis Malaysia

2) Stesen radio pulak jgnlah pilih kasih sangat…yup memang lagu2 Indonesia mendapat permintaan tinggi dr masyarakat tp jgnlah terlebih2…kalu lagu tu memang hit n meletup time tu x pe lah..ni tidak lagu popular x main tp lagu yg pernah popular sebelum ni pun sibuk nak masuk dalam katalog lagu yang nak dimainkan…aku pernah dengar satu radio popular ni…time tu lagu Menjaga Hati tgah hit so x pe lah kalu nak dputarkan kerap sikit….lepas habis lagu tu ada plak lagu peterpan (di atas norma),kemudian ratu (lelaki buaya darat) dan juga tumpang sekaki lagu rossa (pudar)….aduh kok ye pun jgn lah main berderet mcm tu…lepas tu lagu2 yg kurang hit time tu jgnlah asyik diulang je…nanti pendengar jd muak n lari ke stesen lain…

3) Artis2 Malaysia pun cubalah tingkatkan sikit kreativiti dalam penghsilan lagu tu…asyik2 komposisi yg sama jek…balik2 pi mai pi mai tang tu jugak…camanelah pendengar x beralih arah..sekarang ni pendengar suke lagu yg ringkas with a strong melody..baru boleh dapat jual..pasal tu lah band2 indie makin meningkat popularity sebab lagu diorang simple, catchy but stil have a great melody…

4) Pihak syarikat rakaman serta media haruslah seimbang dalam pemberian promosi kepada artis2 Malaysia dan Indonesia…jgnlah asyik promosi artis Indonesia jek..artis sendiri merangkak2 mencari peluang di Negara sendiri..memang dpt hujan batu betul…kesian mereka yg berbakat tapi x mendapat peluang yg setimpal…


5) Apa kata kalau artis Malaysia n artis Indonesia bekerjasama…artis Malaysia nyanyi lagu karya composer Indonesia dan vice versa..kan menarik tu…yelah dapat memberi perhatian kpd certain orang yg ada stigma muzik indon lg best…cuba kalu artis Indonesia tu nyanyi lagu komposr Malaysia,mesti mendapat sambutan,kalu lagu tu sedap la..mesti diorang x sangka yg lagu tu ciptaan composer Malaysia…kita boleh menjadi lebih kreatif dan industri muzik melayu jadi lebih ampuh…

Itu je la yg boleh aku suggest pasal isu ini..apa2 pun kita sebagai pendengar ada hak untuk memilih produk muzik mana yang sedap dan berkualiti untuk menjadi santapan halwa telinga kita..kita x boleh salahkan pendengar atau mana2 pihak 100 % cuma kita perlu sedar apa yg kita wat mesti ada akibatnya di kemudian hari…music is universal n terpulang kpd diri kita untuk menerima muzik yg macam mana..apa2 pun please support our local music industry sambil mendengar lagu2 dr artis seberang….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan