poke here...

26 Ogos 2010

Masak Tempoyak Ikan Patin

.Macam mana tiba2 pada suatu hari parents korang suruh korang masak utk berbuka? yg aku maksudkan ni masak lauk-pauk, bukannya masak air or nasi. mesti mgalabah tak tentu pasal.(ala cakap je lar korang tu malas).

..Petang semalam, sedang aku sibuk layan blog member aku, sayup2 abah aku panggil aku.Sebagai anak yang taat, aku pun datang ke arahnya.Hai, abah aku sakit kepala lagi & mcm tak larat nak masak jer..Aku pun tanya le ada ape? and then dia jawab: " tolong abah masak tempoyak ikan patin. abah cakap, che ikut." aku ok jer padahal dalam hati mak oii...boleh ke aku wat ni?Aku sebenarnya agak malas. Yelah, selalunya utk mengisi waktu sebelum berbuka, lepas asar, aku akan online sampai pkul 6 n then tok cite The Nanny sampai pkul 7..itulah rutin aku di bulan puasa ni.Memandangkan inilah peluang aku nak blajar masak tempoyak ikan patin, so aku turut je lar.Abah aku dah standby semua bahan2, tunggu nak masak je.Memandangkan dia x larat, so dia terpaksa la guna anak dia yg innocent ni.( motif innocent?)

Firstly,abah aku suruh aku tumbuk kunyit dulu dgn batu lesung. Aku yg penuh lagak ni menumbuk2 smpai melantun kunyit tu..abah aku dah pesan suruh hati2, jgn sampai melantun.Melantun jugak kunyit tu akhirnya, nasib baik dapat cover.Lepas tumbuk kunyit sampai lumat, aku tumbuk lada pulak..ni kena hati2 sebab takut terpercik ke mata..well, memandangkan aku dah biasa tumbuk lada ni, so tiadalah kejadian yg tak diingini berlaku...

After that, aku kena basuh beberapa helai daun kesum.abah aku suruh aku basuh betul2 sbab daun kesum ni bukan bersih sangat pun.maybe daun tu pernah kena pijak ke or kena benda2 yg kotor, so kena la cuci bersih2..2 batang serai ditumbuk dan semangkuk tempoyak turut aku sediakan, menurut kata abah.

Semua bahan2 tadi dimasukkan ke dalam periuk..dicampur jgak dgn asam keping n 1/2 sudu garam kasar. Abah aku cakap kalu masak lauk pauk kena guna garam kasar, baru sedap sikit..masukkan air lepas tu boleh masukkan ikan..kenalah bukak api sebelum tu, nanti sia2 je aku menumbuk.

Lepas menggelegak, masukkan timun muda, ala timun yang warna oren tu..abah aku gelarkannya lobak hijau?! isyh,pelik nama tu..lepas tu tambah air sampai ikan2 tu tenggelam & biar sampai masak..la, camtu je ke wat masak tempoyak ni, campak2 n biar jer...patut la abah aku boleh masak 2-3 jenis makanan dalam 1 jam...aku bleh wat sambal tumis dan telur goreng je...

Makanan tu pun dihidangkan pada waktu berbuka.kakak aku pun ada juga beli juadah yg lain.kira banyak sikit la pinggan kat atas meja tu..masakan aku tu menjadi walaupun tawar sikit..tapi sedap juga.Boleh la aku masak lagi lepas ni, tapi abah la yang sediakan semua bahan.hihihi



inilah rupa masak tempoyak ikan patin tu
(kredit gambar: google image)

5 ulasan:

  1. wah, bestnya orang dah hbis belajar ni..free saja..;)

    BalasPadam
  2. cepat2 la habis blajar tu..baru bleh rs hidup free mcm ni

    BalasPadam
  3. .•'´(_¸.•'´*♥♥*`'•.¸_)`'•.
    ----==--Kami Mengucapkan---==----
    Selamat Hari Kemerdekaan ke 53
    '•.¸(¯`'•.¸*♥♥*¸.•'´¯)¸.•'
    buat pembaca blog kami
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com


    Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. Salam sebuah persahabatan salam satu perkenalan dari blog kami... Moga kami mendapat maklum balas dan respont yang baik dari blog anda...

    wooo best tu patin tempoyak

    BalasPadam
  4. x penah rasa plak lauk nih.... biasa makan ikan bilis goreng ngan kicap jer...

    BalasPadam