poke here...

01 September 2010

..Ambang Merdeka...


Tetiba hari ni semangat nak menulis walaupun tgah bertarung dgan demam.Aku sebenarnya tgah demam sejak hari isnin aritu. Hari ni, 1 september, demam aku bertambah teruk sampai nak online pun x larat.Namun, demi tidak menghampakan pembaca blog ni yng semakin bertambah(bertambah ke?)..aku gigih menulis post kali ni. By the way, tak terlambat lagi untuk aku ucapkan selamat hari kebangsaan ke-53 kepada korang semua.Semoga kita sama2 menghayati makna kemerdekaan ni (chewaahhh!!).

Bercakap pasal kemerdekaan ni, aku nak kongsi pengalaman aku menyambut ambang kemerdekaan ketika menjadi pelajar sekolah (2005).
Aku ni jarang sambut malam merdeka kat luar. Selalunya aku lepak rumah je dan tengok tv.Tapi, pernahlah jugak aku sambut kat luar, ketika aku masih lagi di bangku sekolah. Pihak sekolah aku buat sambutan ambang kemerdekaan. Gigih kan? jarang sekolah buat program malam2 tapi sekolah aku buat jugak untuk mencari kelainan (cliche sangat alasan tu). Aku ingat lagi semua pelajar lelaki kena pakai baju melayu putih a.k.a baju rasmi utk hari jumaat.Aku ngan member2 aku pun siap2 pakai baju dr waktu maghrib sebab lepas je habis solat berjemaah maghrib & isyak, kena terus pergi untuk program tu.

ginilah muka aku tika pakai baju melayu

Program tu berlngsung kat dewan lebih kurang pukul 9 malam.Adalah sesi ucapan, penyampaian hadiah untuk pertandingan2 serta persembahan. Aku dah lupa persembahan ape tapi rasanya koir & deklamasi sajak. Lepas habis semua acara dlm pkul 11, kami semua berkumpullah kat luar dewan untuk acara kemuncak, laungan merdeka pada detik 12 malam. Semangat buat kat luar ala2 ambil semangat sambut merdeka macam kat tempat lain. Memandangkan ada 1 jam lagi sebelum menjelang pukul 12 dan untk mengisi rasa bosan dan mengantuk pelajar, ada la cikgu2 yang gigih pasang ohp projector kat luar dewan tu untuk tayang something. Aku agak ni mesti filem Leftenan Adnan, tak pun Bukit Kepong (takkan la nak tunjuk filem Embun yang ada scene rogol tu).Telahan aku betul, dan kitorang pelajar yang naik bosan ni disogokkan dengan filem Leftenan Adnan. Tengah syok tu, tetiba filem tu dihentikan sebab dah nak hampir pukul 12. Kelam kabut nak beratur balik & cari bendera masing2. Aku stil maintain dgn bendera di sisi. (walhal muka dah macam burung belatuk).

Tepat pukul 12 malam, Salah seorang guru penolong kanan melaungkan ungkapan keramat Merdeka.Aku & member2 aku yang semangat ni tetiba jadi tak semangat. Spoil la..boleh plak kitorang tahan gelak apabila dengar suara cikgu tu yang kontrol semacam. Pada mulanya kitorang risau, sebab suara cikgu ni akan jadi perit kalau dia menjerit, so kitorang bersiap sedia la kalau terjadinya perkara begitu. Alih2 dia kontrol suara dia & siap jaga pitching lagi. Aku pun tak tahan sangat sampai terketawa jugak time tu...
Habisnya laungan tu dan nyanyian lagu patriotik, maka berakhirlah acara sambutan tu.. Aku pun bergegas balik ke dorm sebab mengantuk sangat.

Tapi aku still tak lupa pasal laungan tadi... menganggu fikiran aku...hihihi
Anyway, Selamat Hari Kebangsaan...jangan buat benda nakal2..

2 ulasan: