poke here...

07 September 2010

Bunga Api Di Hati...Menjelang Syawal

bunga api di hati...nak feeling2 hotfm nampak


Huhh... pejam celik, pejam celik....tak sampai seminggu lagi nak raya, hai cepat je sebulan Ramadhan berlalu.Kalau pada awal Ramadhan dulu, rasa tak sabar nak raya.Sekarang rasa mcm tak percaya raya dah nak hampir.

Aku mengakui yang kemeriahan nak menyambut raya ni semakin lama semakin kurang rasa di hati mengikut peningkatan usia.Walaupun usia aku baru nak masuk 20 tahun (BETUL KE 20 NI?), rasa teruja tu dah semakin kurang berbanding zaman kanak-kanak dulu.Dulu rasa gembira sangat nak sambut raya, sekarang ni rasa lite2 jer.

Zaman kanak-kanak dulu kita rasa bertuah sangat. Semua benda disediakan just hulurkan diri je..(gitu punya senang).Dulu asyik fikir pasal nak pakai baju warna apa time raya, berapa banyak bunga api yang nak kena beli, kuih ape yg nak kena kebas...sekarang dah lain.Benda2 tu dah tiada dlm fikiran wat masa ni.

Aku sekarang tgah sibuk buat persediaan raya, menolong apa yang patut. Yelah dah besar panjang, takkan nak duduk terkangkang je.So aku pun nak crite few things yang aku buat tika syawal menjelma ni...

1) Memasang pelita di halaman rumah.
Dah 3 tahun rumah aku ni tak dihiasi pelita.So, untuk kelainan tahun ni ,aku suruh kakak aku belikan pelita. Bukan pelita biasa tau, pelita yang ada siap batang tu..senang terus cucuk kat tanah. Kakak aku pun beli dlm 5 batang yg harganya RM0.99 satu siap dgn minyak tanah lagi. Aku pun gigih mencangkul dan menarah tanah nak letak pelita tu.Sampai menitik2 peluh jantan di dahi.Maklumlah dah lama tak bercucuk tanam.Aku gigih la buat lubang kat tanah guna cangkul.Rupa-rupanya abah aku ada alat yg dipanggil 'tanduk lembu', dan alat ini mmg membantu aku dengan jaya sejaya jayanya dalam proses melubang ni.Aku berjaya menanam semua pelita itu..lepas ni,boleh la anak buah aku tu main bunga api malam raya nanti.

mcm ni la bentuk pelita tu

2)Mencari sandal & samping.
Sandal raya kesayangan aku tahun lepas dah putus. Nak tak nak terpaksa la beli yang baru. Sebenarnya aku dah ada capal utk digayakan pada pagi syawal nanti. Tapi untuk pose2 atau duduk dalam kereta boleh la..Nak berjalan jauh? kirim salam la..capal ni bertumit sikit so aku tak tahan nak pakai lama2.tak biasa nak pakai capal ala2 heels ni.hehe..Sandal baru aku dah beli.Jenama Lois..stail biasa2 jer.Samping pulak masih dalam pencarian.Tahun ni nak pakai samping yg betul2 samping. Tak nak dah pakai samping sekolah or samping kain pelikat lagi...mcm semacam jek..pasal baju melayu pulak, pakai tahun lepas sudah.Nak beli baru malas pulak sebab kalau pakai pun, dalam beberapa jam jek..smpai tgh hari terus pakai jeans..lolz. samping je yg kena cari ni.

mana la samping yg sesuai ni

3) Menghias rumah
Salah satu perkara penting yg perlu aku buat ketika menjelang raya.Memang dari kanak2 lagi kerja aku membersih rumah mcm mencuci tingkap, mencuci kipas dan menyusun perabot. Memandangkan tahap kerajinan aku ni tak setinggi orang lain, so aku buat sikit demi sikit.Dah nampak dah, malam raya nanti baru kelam kabut nak kemas yang lain (macam biasa).

4) Membakar kuih
Tahun ni lain sikit. Kakak aku tak banyak beli kuih raya tahun ni. Dia plan nak buat sendiri je..Wah gitu. Dengan menggunakan kecanggihan internet, kakak aku gigih mencari resepi nak buat kuih.Adalah lebih kurang 10 jenis kuih yang dicedok dari internet.Kakak aku pun mula beli bahan2 dan buat kuih sejak minggu ke-2 Ramadhan. Kakak aku adun dan aku tolong sikit2 macam bakar n letak hiasan.Kitorang buat sikit je dalam 1 balang.Tengok2 dah ada 8 jenis kuih kakak aku wat.Tak payah risau la pasal kuih time raya nanti dan yg pasti bukan kuih tunjuk2... (tp risau jgak tgok isi balang semakin lama semakin kurang sebelum raya).

kitorang tak tunjuk2 tau...

5) Gunting Rambut
Rambut aku dah mula panjang.So, aku nak gunting pendek sikit untuk sambut raya ni. Aku gigih la mencari salon n kedai gunting rambut kat bandar berhampiran. Akhirnya aku singgah kat salah satu salon tu.Ok la layanannya, potongan pun ikut citarasa aku cuma lepas gunting rasanya rambut aku mcm panjang lagi. Tak kisah la sebab aku mmg nak potong rambut lagi lepas ni untuk hari konvo nanti dan yang penting fringe rambut aku stil ada lagi.Aku rasa nak wat rambut spike la lepas ni.

Itu je lah kot yang aku wat menjelang raya. Korang mcm mane lak.Ape2 pun harap2 korang jgn pening2 nak sambut raya tahun ni.

Di kesempatan ini aku ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika terdapat salah dan silap sepanjang aku buat blog ni.
Semoga berbahagia bersama keluarga tercinta pada Aidilfitri ini.

Salam Lebaran.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan