poke here...

28 September 2010

Apabila B*BI mengacau hidup! (Geram Tol!)

..Halo Halo Halo...semoga ceria selalu...

Aku nak cerita sikit ini..tentang tajuk post ni la...memang menggerunkan (dan menggelikan)...so, kepada sesiapa yang baca, harap bersedia ye...

Hari sabtu lalu (25 sept), aku tak de kat rumah sebab pergi ke rumah kakak aku kat kuantan. Abah aku cerita la kat aku satu perkara yang berlaku hari tu. Dalam pukul 9 pagi macam tu, abah aku terdengar orang memekik kat luar. Masa tu abah aku memang nak keluar sebab nak sidai baju.Tetiba orang tu menjerit..

B*bi! B*bi!....(tak tahulah guna teknik falsetto ke atau soprano tika menjerit tu)

Abah aku terkejut lalu keluar la untuk tengok apa ke halnya kecoh2 tu. Tup...tup..ada la seekor makhluk ini yang tinggi dalam 2 kaki betul2 berada di depan pintu belakang rumah aku...that's mean kat halaman rumah aku..dan makhluk tu adalah seekor khinzir atau nama glamournya B*BI yang diimport dari hutan berhampiran.

Abah aku terkejut beruk lar. B*bi tu pun terkejut tengok abah aku datang dan mula nak melarikan diri.Memandangkan kawasan belakang rumah aku berpagar, b*bi tu tak dapat nak larikan diri.Alih2 b*bi tu, lari menghala abah aku. Abah aku pun nasib baik sempat mengelak. (kalau tak sempat, alamatnya kecoh satu Malaysia abah aku kena langgar dengan b*bi).B*bi tu pun lari dengan lajunya ke hutan berhampiran.

Abah aku dah sedar dengan kedatangan b*bi hutan ini sejak beberapa bulan lalu tapi kat kediaman orang lain yang berhampiran dengan kawasan hutan. Tengok2 lepas tu b*bi tu ada kat kawasan rumah sendiri. Mahu tak mengelabah.Nasib baik abah aku tak biar pintu belakang rumah aku terbuka.Kalau tak, nampak la aku kena tolong abah aku samakkan satu rumah ni.

Sejak kejadian tu, abah aku tak berani biar pintu belakang terbuka begitu sahaja. Sebelum ni, Abah ku selalu buat sebab angin dapat masuk & tak la rasa panas sangat dalam rumah ni. Aku bersyukur sebab tiada perkara yang tak diingini berlaku.Thanks juga kepada orang yang menjerit tu...

Aku tertanya juga apa yang dicari b*bi tu kat rumah aku ni? Nak datang beraya ke? huhuhu

Ape komen korang? harap2 korang jangan fikir lain pulak bila baca tajuk post ni...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan