poke here...

23 Disember 2010

I.Q @ E.Q??

halo..halo..halo...

apa khabar? harap korang semua dalam keadaan happy dan sihat sejahtera, physically & emotionally.Jangan emosi2 sangat bila baca blog ni.sebab aku nak korang enjoy n relaks jer time baca blog ni.

Cakap pasal emosi2 ni. Aku nak share satu info la dengan korang. Info ni pun aku dapat daripada modul pelajaran aku tika awal minggu aku bekerja.Banyak la modul yang aku baca, yelah duduk menghadap PC & tak buat ape2.geledah la isi PC tu...ada intranet jer..internet tarak!..kalau ada, nampak la hidup aku bagai di syurga..

oh ya..korang tau tak pasal E.Q? e.q ni yang asyik disebut2 dalam iklan susu bayi tu..Penjual usu sekarang ni tak main dah nak promote susu untuk tingkatkan I.Q je malah nak tingkatkan E.Q sekali..walhal bayi jer..huhuhu

'kau di dalam emosi ini...' bak kata Dato' Sheila

E.O = Emotion Intelligence means the ability to handle emotions appropiately & work well with others. atau sarikatanya: kemahiran untuk mengawal emosi dengan baik dan boleh bekerjasama dengan orang lain..dalam modul yang aku baca tu, dia cakap lar yang company besar2 macam company aku tu ( nak jugak masuk bakul angkat sendiri) mencari pekerja yang memiliki kemahiran E.Q yang tinggi, bukan skadar cemerlang dalam akademik jer.

Menurut modul tu jugak, sebenarnya keampuhan I.Q atau cemerlangnya akademik seseorang tu bukan jaminan untuk mereka berjaya dalam kerjaya masing2. I.Q sebnarnya hanya mencurah 4 - 25% sahaja dalam kecemerlangan kerjaya seseorang. tak lar banyak mana pun. Peratusan ini pun kalu nak capai tahap 25%, seseorang itu perlu ada kemahiran yang tinggi, yang dipelajari tika bekerja.Yang 75% selebihnya dipegang oleh E.Q.Sebab itulah company sekarang memilih pekerja yang mempunyai E.Q yang tinggi.Sesiapa yang memiliki E.Q tinggi lebih mudah diberi kenaikan pangkat dan peluang untuk maju ke hadapan berbanding pekerja yang hanya bergantung pada I.Q jer.

Maknanya kalu korang dapat straight A time SPM or dapat dean list, tak semestinya korang akan berjaya dalam kerjaya yang ko akan ceburi nanti. Dalam modul tu jugak, dia cakap yang kadang2 orang yang pandai ni pun boleh bertindak bukan2 macam cakap celupar la, kuat marah2 dan tak pandai mengormati orang lain. Pengawalan emosi sememangnya penting jika terlibat dalam skop kerjaya yang mencabar. Kalau tak kena caranya, nampak la tunggang terbalik jadinya.

Masa first time baca, aku pun keliru jugak. Yelah sekarang ni kalau sesebuah company tu nak ambil kerja, dia mesti ambil yang lulus SPM.Kalau yang taraf degree tu kena la at least 2nd class upper.Kena la belajar betul2 untuk dapat peluang kerja.Namun, setelah aku baca betul2, baru aku faham yang I.Q ini still memainkan peranan yang penting terutama daripada segi mendapatkan jawatan. Kiranya jadi tiket untuk mendapatkan kerja, lagi wow rekod akademik ko,lagi tinggi la peluang nak dapat kerja.Sebab itu la, diorang akan melakukan temuduga kepada calon2 yang terpilih, dan dari situ diorang akan dinilai dari segi akademik, ko-kurikulum dan pembawakan diri.Mana yang lebih terserlah,diorang la yang akan dapat jawatan tu.Setelah dapat jawatan tu, pekerja tersebut perlulah buktikan yang diorang ni mempunyai E.Q yang baik dengan mempamerkan mutu kerja yang memberangsangkan.Lagi tinggi E.Q, lai cerah la peluang untuk berjaya.

aku setuju dengan kesimpulan modul tu. I.Q adalah tiket untuk memasuki alam pekerjaan tapi E.Q yang akan menentukan pencapaian kerja tersebut.Tak payah nak tengok kat tempat kerja, kat IPT2 pun dah berlaku. Ada member aku ni dapat hampir straight A kot dalam SPM, tapi lepas masuk matrik dan terpengaruh dengan pelbagai perkara, last2 dia hanya dapat skor 2nd class upper yang cukup2 makan jer.Ada pulak yang SPM nyer 4-5A je tapi dapat dekan time matrik.Ada jugak yang time matrik dapat dekan tp masuk je U tak dapat dekan pun. So, kita kena la pandai mengawal diri dan emosi jika kita melangkah ke alam baru.

I.Q sebenarnya memang penting tapi jika ia ditambah dengan E.Q yang marvellous, Insya-Allah kejayaan tu dapat dicapai.Kita pun harus la menanam sikap untuk terus belajar dan memajukan diri sentiasa.Jangan berpuas hati dengan pencapaian sekarang kerana banyak lagi yang perlu kita tempuhi untuk mencapai kejayaan. Kepada yang dapat result yang tak berapa ok tu janganlah kecewa, teruskan usaha kerana result tu tak melambangkan kejayaan kita pada masa hadapan. Kepada yang skor pulak, jangan la terbuai dengan kejayaan tu, kena la gigih dan bekerja keras jugak. Dunia ini bukan setakat terhenti di situ jer, kena la bersedia untuk menghadapi apa2 perkara yang akan berlaku. Selalu muhasabah diri dan tanamkan nilai2 positif dalam diri.

it's just emotion taking me over....

wah..banyak aku membebel..kata dah lama tak post..sekali ambik sekilo..

p/s: Selamat Hari Krismas kepada member2 dan semua yang menyambutnya..nak habis dah 2010 ni

p/s:kepada semua yang berjaya dlm PMR baru2 ni..abang nak ucapkan tahniah..teruskan usaha yer

Adios

2 ulasan:

  1. setuju jugak..so,jgn berputus asa walau kite x sehebat cam orang lain..rezeki Allah itu dimana2..kite je kena usaha..

    BalasPadam