poke here...

12 Disember 2010

...Cerita Hujung Tahun...

halo...halo..halo...

dah lebih 2 minggu aku x update blog ni..walhal hari2 aku online.. tak de mood katanya. btw, memandangkan aku ada mood sekarang ni so aku nak update sikit pasal aku n kenapa aku dah lama tak update blog aku ni..

1) Aku sekarang dah mula kerja. Kerja dalam bahagian pemprosesan data di salah sebuah anak syarikat institusi perbankan terkemuka. Aku mula kerja pada 11 November lalu.Ingat tak yang aku pernah cerite kat korang pasal interview aku dulu? (boleh check kat sini).FYI, aku dapat offer bagi kedua2 job tu..tak sangka kot..tp aku pilih satu je sebab gaji yang ditawarkan tinggi sikit compare to the other one.Aku kerja waktu malam ( dr pkul 10 malam sampai pkul 7 pagi) , 5 hari seminggu. So far, setakat ni aku boleh tahan lagi kerja waktu malam ni.3 bulan pertama ni aku dalam proses training, so aku tak merasa lagi la tension nak buat kerja tu. Kerja aku hari2 kalau tak ada training, duduk termangu dan pose depan PC tu...sampai habis waktu kerja.kadang2 mmg rasa mengantuk sebab tak buat ape2 lg...aku pun tak mahir lagi dan buat 'processing' tu..

2) Since aku dah kerja, so aku sekarang stay kat UPM Serdang balik.Senang sikit lagipun aku ni tak la gigih nak cari rumah sewa. Abah aku pesan kalau tak ada member, jangan sewa rumah sorang2. Aku pun sewa la kat blok hostel ni sebab kawan2 aku ada lg kat sini. Tak la terasa sorang2 sangat.Sewa pun tak lah membebankan and aku just bayar sewa bilik je, tak payah fikir pasal air dan api...

3) Aku stay kat UPM ni pun bersebab. Aku nak sambung pengajian master aku. Actually, aku memang plan nak sambung sejak bulan 7 dulu. Surat tawaran pun dah dapat, siap buat medical check-up lagi. Tapi disebabkan beberapa masalah yang sukar dielakkan, aku tangguh pendaftaran aku ke bulan 12.Aku pun memang plan nak stay kat UPM awal2, nak setelkan pendaftaran master aku ni. pasal tu aku gigih nak bekerja sebab nak bayar yuran master ni..huhuhu. So aku ni kiranya belajar sambil bekerja la..

4) Berbalik kepada yuran master tu, aku dah apply satu scholarship ni. yang aku cerita kat post lepas. Aku berajaya sampai final stage, daripada beratus permohonan, aku berajaya sampai ke tahap top 10..boleh??tapi panas yang ku jangka hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari (betul ke pepatah aku ni???). Aku tak dapat scholarship tu. Katanya, disebabkan stiff competition aku tak terpilih untuk menerima biasiswa tu. Tu la, mengharap sinar sangat...masa awal2 dulu aku tak la mengharap sangat, just pergi jer & tak disangka2 sampai ke peringkat akhir..tapi nak buat mcm mane,dah tak ada rezeki...huhuhu..so, aku skrang menunggu jawapan permohonan biasiswa JPA pulak..harap2 dapatlah...bolehlah aku guna buat bayar yuran nanti..


itulah agenda yang berlaku dalam sebulan ni...pasal ape aku tak update...btw, usia aku pun baru menganjak ke satu tahun lagi pada 9 disember lalu..huhu, happy birthday to me..tak sambut pun sebab kena kerja..huhuhu




aku muda lg la ...baru je masuk 20 tahun

Adios...

4 ulasan: