poke here...

24 November 2010

0610 - 1310 (PART 2)

halo...halo..halo..

serius, aku dah lama simpan catatan ni...tak post2 jugak...so inilah sambungan bg 0610 - 1310 (PART 1).

9 OKTOBER

Hari ini adalah konvokesyen pelajar2 jurusan Matematik. Walaupun aku berbeza jurusan dengan diorang, tapi kitorang dah rapat sebab kitorang selalu berada dalam kelas yang sama. Amerul yang merupakan salah seorang daripada mereka melantik aku jadi photographer ‘cum’ P.A. (gitu ada P.A untuk konvo).Lepas je makan tengahari, aku, amerul dan seorang lg member Fazila dah bersiap nak pergi. Time tu la tgah kelam kabut, amerul dgan sakit perutnya sebab neves, fazila baru nak gosok jubah…haiyo..masa nak bertolak tu Chris pulak call. Dia nak pinjam kasut aku sebab kasut dia dah koyak rabak..Aku terpaksa la gigih berlari nak ambik kasut tu dalam bilik aku. Kitorang bertiga mulanya nak naik bas, tetapi disebabkan takut x sempat dan segan nak bawak jubah, kitorang cari member yg ada kereta & mintak tolong hantarkan. Nasib baik la ada yang sudi hantarkan kami ke dewan.

Sampai je kat dewan, program Jejak Kasih dah bermula.Semua happy dapat berkumpul and bergambar sama2. Aku yang la jadi tukang gambar since aku je yg tak pakai jubah.hahaha..Aku juga kena jd tukang jg beg diorang ni. Serius…kelam kabut sangat, sebelum masuk dewan dan selepas masuk dewan. Lepas habis konvo tu, jgn harap la nak berkumpul dgn member ramai2 sebab semua dah sibuk dgn family dan hal masing. Malam pulak member2 course aku ajak ambil gambar dengan jubah kat Putrajaya. Since orang dah ajak, dann bg tumpang naik kereta, aku join je lar.Kitorang bergambar kat masjid besi n jambatan putra perdana.Time bergambar tu aku rasa letih sangat sampai nak berborak pun x larat.Sampai je bilik, terus capai bantal. Zzzzzzz….


10 OKTOBER

Tarikh hari ini cukup unik: 10.10.10.Ramai la yang wat kenduri kahwin pada tarikh ni.Aku plak dah janji ngan member matrik aku, Syamsul nak jalan2 kat KL.Die asyik sms aku bile aku nak dtg KL, n since aku dah ada kat UPM, kitorang pun plan nak kluar hari ni. Kalu kitoang kluar kalu x bershopping, mesti pegi karaoke. So kitorang pun gi karaoke kat Red Box Ria,Sogo. Lama jugak tak karaoke sama2. Lepas kitorang daftar kat kaunter, tup2 red box bagi bilik yg 5 kali ganda besarnya untuk kiorang. Macam bilik utk 10 orang siap ada 4 speaker kat siling dan amplifier lg.Kitorang teruja la, siap boleh lompat2 lg.hahaha. Antara lagu2 yg kitorang ‘sumbang’kan pada petang tu ialah:

Cuba – Faizal Tahir

Shahir – Kebahagiaan Dalam Perpisahan (nak feeling2 jd shahir jugak)

Amigos – Cinta Tak Keruan (lagu wajib aku..hehe)

Data – Mengulit Kenangan (lagu cekik leher)

Adam Lambert – Whataya want from me

Shontelle – Impossible

Natasha Bedingfield – Unwritten

Aizat – Kau Aku

Liza Hanim – Ku Idamkan Rindu (perlu ke???)

U.K’s – Bila Diri Disayangi

The Pretenders – I’ll Stand By You

..dan banyak lagi la..dah boleh rakam 3 album kompilasi berkembar sekaligus..dalam 3 jam juga la kitorang nyanyi…


11 OKTOBER

Hari ini sepatutnya aku tiada apa2 aktiviti. Dalam pukul 10 , tetiba Chris call. Dia cakap nak jumpa n lepak2 sekejap, dan petangnya jalan2 di Mines. Inipun kiranya hari terakhir dia kat UPM sebelum balik Sarawak.Aku pun setuju la since aku free time tu. Pkul 4 aku ngan Chris,Amerul & Fikrie bertolak pergi Mines.Sampai je sana kitorang tak tahu nak buat ape sebab masing2 tak cukup duit.Aku & Chris pun decide untuk pergi karaoke. Hai karaoke lagi..dah 2 hari berturut-turut aku karaoke. Nasib baik suara aku still OK...Kitorang enjoy la nyanyi2 sambil nari2 n gelak2..bleh plak time Chris nyanyi tiba2 lagu terhenti sebab dah habis tempoh sejam.Hai, kedekut tol pusat karoke ni..biar je la lagu tu sampai habis.Selesai habis karaoke kitorang gerak balik dan say bye kat Chris..Bye2 Chris..Hope bleh jumpa lagi lepas ni..Malam plak aku nak rileks je sebab esok giliran untuk aku konvo pulak..Gosok jubah n baju siap2…risau jugak takut serabut hari esok..


12 OKTOBER

Tarikh yang bersejarah akhirnya muncul dalam hidupku. Hari ini aku akan menerima ijazah yang menandakan bahawa aku telah menjadi salah seorang graduan university. Berdebar- debar aku, yelah impian aku selama ini nak pakai jubah n topi konvo akhirnya tercapai. Syukur Alhamdulillah…..akhirnya ijazah ada di genggaman tangan.Aku bangun dlm pukul 6.45 pg setelah dimarahi oleh member aku.AKu pun kelam kabut nak bersiap, time nak bersiap tu hanset pulak berbunyi..Famili aku call n diorang dah sampai UPM..Aku pun bergegas dengan pakai sut & bertolak naik motor…pakai sut lawa2 tp naik motor jer, itu jelah yang mampu…

Sampai kat dewan, kelam kabut la nak pakai jubah, nasib baik member2 aku tolong..tenkiu banyak2…Pkul 7. 30 pg dah bearak masuk dewan, dan bermulalah sesi konvokesyen tu hingga pukul 10.30pg. Lepas habis majlis, sesi bergambar pun dimulakan. Nasib baik famili aku decide nak gi makan dulu, so aku ada time nak bergambar n berjumpa dgn member2. Yelah, lepas ni mesti susah nak berjumpa kan.Banyak jugak aksi2 yang dirakam walaupun tengah panas terik ketika itu. Lepas tu aku bergambar dgn family. Aku sangat happy sebab diorang dating untuk meraikan aku.Dalam pukul 1 tgh hari, aku balik ke hostel. Serius memang penat giler.Walaupun penat,sempat lagi petang tu pergi lagi dewan sebab nak raikan konvo senior aku pulak.

Tahniah kepada semua yang telah bergraduat!!


ini je la yang mampu...

13 OKTOBER

Sepatutnya aku nak balik rumah hari ni tapi aku ada interview untuk satu biasiswa ni. So, terpaksa la stay lagi kat UPM. Aku mohon biasiswa ini untuk menampung pembiayaan Master aku yang akan bermula Januari depan.Nasib baik interview tu petang, since aku ni jenis malas nak bangun pagi..(bukan susah ye, cuma malas jer)..Interview tu dekat area KL Sentral, pukul 2 petang. Aku pun gerak awal lar & sampai dengan jayanya. Aku tak tau tempat interview tu kat mana. Just follow orang je, nasib baik ikut orang yang betul.

Ramai jugak yang interview, lebih kurang 50 undergraduate & postgraduate students.Setelah daftar, aku pun duduk dalam dewan yang dilengkapai meja n kerusi mcm nak ambil exam SPM. Hai, ada ujian la ni.Aku dah aware dah dgn ujian2 ni sebab dalam e-mel yang diorang bagi, diorang suruh bawa kotak pensel. Harap2 aku boleh wat. Dalam duduk2 tu, aku kenal la dg seorang mamat dari UM. Kitorang pun berborak untuk hilang rasa bosan.

Fuhh,, soalannye memang mencabar minda. Tak la sukar sangat tapi quite challenging la.Ada jugak yg aku tak sempat jawab sebab masa yang diberikan tidak cukup.Lebih kurang 2 jam proses ujian tu dijalankan.Lepas tu ada sesi taklimat dan penerangan mengenai biasiswa tu.Ujian yang dijalankan adalah 1st stage interview, sebelum pemohon2 dipilih berdasarkan dari ujian ni untuk ke 2nd stage. Overall, ada 3 stages dalam proses permohonan biasiswa ini.


Itulah 7 hari yang sibuk bagi aku menjalani pelbagai aktiviti..kadang2 best jugak dapat pengalaman mcm ni ….huhuhu

Adios...

p/s: Semasa post ini ditulis, aku dah lepas kesemua stage bagi interview biasiswa tu. Alhamdulillah..sekarang tengah tunggu jawapan bg permohonan tu…



Tiada ulasan:

Catat Ulasan