poke here...

31 Oktober 2010

0610 - 1310 (PART 1)

halo...halo...halo..

First of all, aku nak ucap bebanyak terima kasih kepada pembaca setia blog ini.Sorry kalau aku buat korang tertunggu2 post yang baru.Yelah sejak 2 menjak ni aku sibuk dengan pelbagai hal.(yelah tu,padahal malas nak menaip kat keyboard yang terpampang di depan mata ni..haiyo..)

korang mesti pelik pasal tajuk post aku ini.ape kebenda nombor2 tu? ape signifikasi atau justifikasinya? (chewah) hahaha..nak guna ayat gempak2 je ye..aku nak cerita ape yang aku buat sepanjang 6 hingga 13 oktober..yup aku rasa setelah berehat sambil goyang kaki dan kepala di rumah selama 5 bulan, inilah minggu a.k.a 7 hari yang paling sibuk dalam hidup aku..

6 OKTOBER
Aku bertolak pukul 10 pagi dari Temerloh, Pahang ke KL. Lepas tu sampai universiti aku iaitu UPM dalam pukul 2.30ptg. Aku tumpang bilik member aku, danial sepanjang seminggu aku kat sana.Sampai je UPM, jumpa la member; Danial,Amerul & Fikrie..hai kalau dah jumpa member tu apa lagi, borak dan kutuk-mgutuk la kerjanya.Walaupun aku belum makan tengahari lagi, kudrat masih terdaya nak usik-mengusik tu.Aku pun pegi la makan dalam pukul 3.30 petang dengan cepatnya sebab pukul 4 ada shooting kat ladang UPM dengan berjubah bagai. Amerul la yang plan dan aku ditugaskan untuk menyediakan kamera.So, aku with other 3 members;amerul, hilmi and chris bergerak ke ladang untuk posing habis-habisan.Kitorang bertolak dengan kereta abang Hilmi.

Sampai je kat ladang tu, aku tanya la kat petugas si situ boleh tak kalu nak bergambar kat kawasan ladang tu.Dia cakap boleh tapi ladang tu akan ditutup pada pukul 5.Dengan gelabahnya, kitorang tangkap gambar cepat-cepat, tanpa rasa penat dan buat posing yang hebat.Misi bergambar dengan jubah diteruskan di bukit ekspo.Ingatkan nak pusing satu UPM, tapi kitorang dah tak larat. Dengan berpeluh memakai jubah serta penat melompat-lompat, tak kuasa kitorang nak pusing satu UPM.

gigih tak kitorang melompat...

7 OKTOBER
Hari ini aku ada raptai bagi majlis konvokesyen kat Dewan Besar. Raptai tu katanya berlangsung pada pukul 9 pagi.Aku ini yang pernah mengalami pengalaman pahit apabila datang awal ke sesuatu program, memutuskan untuk pergi lewat daripada biasa. Bukan lewat 10 atau 30 minit tau,lewat 2 jam jer. Mampu? OK la tu daripada lewat 5 jam atau 10 jam..( padahal ko tu dzull susah nak bukak mata pada awal pagi). Kuasa mengagak aku betul sebab apabila aku sampai je, raptai tu belum mula lagi.Diorang just bagi taklimat dulu yang biasanya sudah tertulis dalam buku panduan.Danial menemani aku sepanjang raptai tu so taklah bosan sangat.Tiba mulanya sesi raptai tu, punya la ramai yang beratur sampai aku dah rasa malas nak naik pentas. Fikir punya fikir aku pun buat la raptai tu since ramai yang sudah balik sebab tak tahan dengan kemalasan diri. Bagus juga buat raptai ini sebab aku boleh prepare masa naik pentas tu. Kat mana nak kena berjalan, nak kena tonggek, nak kena tunduk sampaikan nak pegang sijil pun ada ritualnya.Barulah aku tahu sebenarnya sekejap je raptai tu. Memanglah barisan naik pentas tu panjang tapi tak lama pun masa menunggunya.Nasib baik la aku decide nak naik pentas.....

8 OKTOBER
Pagi ini aku & amerul nak pegi MATCF '10 (job fair) yang dianjurkan oleh Jobstreet kat Mid Valley. Aku sebenarnya nak teman amerul jer since aku dah dapat offer kerja (gitu...) dan petang tu pulak ada Majlis Graduan Cemerlang kat fakulti aku. Well, aku adalah salah seorang penerima anugerah so kena la datang.Mulanya aku & amerul plan naik komuter jer.Tup tup hilmi n awek dia nak join sekali so kitorang pun tumpang la kereta diorang. Diorang decide nak pegi mid valley naik kereta. Aku sebenarnya risau sebab nak jalan2 kat KL guna kereta ni memerlukan kesabaran yang tinggi.Aku pun ikut je la dan harap sampai kat mid sebelum pukul 12.Tup tup kitorang sampai kat sana lebih kurang dalam pukul 2. Kat mid valley sangat jam dan parking pun full, so it takes ( a lot of) time to be there. Aku pun fikir nak teman amerul sampai ke tempat pameran tu je and then terus balik UPM. Tengok2 amerul pun nak balik juga dengan aku so kitorang rushing la. Untuk menjimatkan masa, kitorang just ambil e-mail daripada mana2 company untuk hantar resume sambil letak resume kat company terpilih cepat2.

Sampai je pukul 3, kitorang bergegas balik. Aku pun dah cuak sebab majlis tu bermula pukul 3 jugak & target harap2 aku sempat la ambil award tu. Dalam perjalanan balik tu jumpa pulak member, che nad kat mid valley. Kitorang pun borak2 sambil menunggu tren yang lembab tu.Aku pun cerita masalah aku kat che nad. Nasib baik dia offer nak tumpangkan kami berdua dari KTM serdang ke UPM dengan menaiki kereta famili die...thank you che nad...aku & amerul pun berlari ala2 aksi peserta the amazing race. Tengok2 majlis tu pun dah nak berakhir..award aku tu diambil oleh ketua jabatan ku..isk3x, frust la.yelah orang dah semangat nak bagi trofi cantik2 utk ko, ko pula x de.Tapi x pe la at least aku datang, n sempat bergambar n makan jamuan yang terhidang (serius tak sedap).Trofi tu aku simpan kat pejabat jabatan dulu sebab takkanlah aku nak bawa naik bas balik semula ke hostel.Lupa lak nak beritahu anugerah apa yang aku dapat. Aku dapat anugerah HOT & FASHIONISTA STUDENT jer..(boleh??) gurau la..sebenarnya aku dapat anugerah Graduan Melayu Terbaik dalam jurusan aku.


inilah hasil yang aku dapat setelah 3 tahun

Memandangkan mcm panjang je post ni, so aku sambung dalam PART 2 pulak....

Adios.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan