poke here...

09 November 2010

REVIEW Muzik Muzik 25 Separuh Akhir - 8 Nov 2010


halo..halo…halo

Well, kali ini aku nak review sikit pasal separuh akhir muzik muzik 25, minggu yang pertama, yang dah berlangsung semalam.

Seperti tahun lepas, separuh akhir bermula pada pukul 10 malam, tapi harinya bertukar dari hari Jumaat kepada hari Isnin. Masih diadakan di Sri Pentas 2, terdapat dua pentas berasingan untuk penyanyi solo dan band.Kali ini konsep pentas ada perbezaan sikit di mana penonton semua berdiri berhampiran pentas untuk menyaksikan persembahan. So, peminat lagi puas sebab dapat melihat artis kesayangan dengan lebih dekat.

Aku tengok ramai penonton yang seronok dan enjoy malah ada yang siap menyanyi bersama-sama lagi.Artis pun bersemangat la nak perform tapi kena la control sebab persembahan mereka tetap diadili oleh juri-juri. Janganlah syok sangat dengan penonton tu.So far, aku tengok penonton sporting dan terkawal. Artis pun professional dan tak over sangat.Inilah komen aku mengenai persembahan artis yang bertanding mengikut giliran:

1  Azlan & Typewriter – Gerak Hati : persembahan yang ok..lan pun tak menjerit2    sangat.bagi aku lagu ni lebih kuat berbanding lagu ‘Kelibat Si Penyair’

2  Akim – Inilah Cinta : saya suka awak….permulaan yang baik,,tapi nak hampir2 habis lagu, pancit lak n x mampu tarik note tinggi…maybe gemuruh kot atau letih bergerak ke sana sini..tahun lepas (lagu Bengang) boleh je nyanyi dengan baik

3  Shahir – Kebahagiaan Dalam Perpisahan : makin matang dalam persembahan tapi mcm akim, Nampak la gemuruh dia tu..dia pun tak tarik sangat pada hujung2 lagu tu..tapi lagi baik wat improvise mcm tu kalu tak yakin

4  Hujan – Mencari Konklusi : havoc and sempoi…mmg hujan pentingkan ke’enjoy’an peminat mereka.

5  Mohd – Cinta : biase jer..tapi not bad sebagai pendatang baru..tenang dan tak nampak gementar sangat.

6  Hafiz – Noktah Cinta : vokal yang bagus tapi ada jugak gemuruh tu…antara lagu pilihan aku yg layak ke final

7  Ana Raffali – Hujan Bunga di Kuala Lumpur : sweet sangat & nampak yakin…lawa baju dia pakai malam tu.

8  Sabhi Saddi – Nadiku : lagu ni spatutnya minggu ke-3 tapi atas sebab2 tertentu (ada hal kot) lagu ni bertanding pada minggu pertama (ganti lagu joe flizzow)..best jugak dia nyanyi..tapi still nampak gemuruh tu

9  Yuna – Cinta Sempurna : menyentuh kalbu..simple but nice..vokal yuna pun dah semakin mantap berbanding dulu

10 Nubhan – Oh Juwita : pertama kali nyanyi lagu rancak dalam semi final, tercungap2 jugak..dgan gemuruh lagi..kenapalah ramai penyanyi solo lelaki gemuruh malam tu?

11 Adibah Noor – Sejujur Hatimu : Artis senior yang bertanding malam tu..vokal tak perlu dipertikaikan tapi aku perasan kak dibah ni mcm sakit tekak je…n kadang2 sampai terlalu push suara dia..but she still the best

12 Faizal Tahir – Hanyut : Rock on…tetap mantap tp suara tenggelam timbul maybe sebab kesihatan yang belum penuh sepenuhnya..rindu pulak masa zaman dia nyanyi lagu Mahakarya Cinta kat semi final 3 tahun lalu..sedap sangat

Tetamu jemputan kali ni ialah Ramlah Ram..Dia nyanyi medley Kau Kunci Cintaku / Ketentuan dengan iringan live band (tindakan yang bijak). Buat pertama kalinya, dia muncul bertudung di TV.Ayu dia bertudung, dah ada iras2 Azean Irdawaty pulak..Masa nak mula nyanyi lagu Ketentuan, dia mula sebak dengan sambutan penonton.For me, she’s a legend walaupun suara dia ada serak2, tapi dia tetap deliver the best.

Tahun ini diorang umumkan 6 lagu yang mendapat markah tertinggi instead of 5. Dan lagu2 tersebut ialah:
  • Noktah Cinta – Hafiz
  • Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Shahir
  • Mencari Konklusi – Hujan
  • Sejujur Hatimu – Adibah Noor
  • Cinta Sempurna – Yuna
  • Hanyut – Faizal Tahir
5 lagu yang aku teka dapat top 6 kecuali Mecari Konklusi (aku pilih Nadiku). Aku terima je keputusan juri sebab well, diorang lg arif (alasan cliché). Minggu depan pulak ialah pusingan kedua.Pusingan kedua ni best sikit lagu2 yang bertanding. Can’t wait to see..tapi tak tahu la boleh tengok ke tidak sebab maybe aku dah mula kerja shift malam…

Sebagai penutup, aku tinggalkan video persembahan KRU dengan lagu Mengerti di Separuh Akhir Muzik Muzik,16 tahun yang lalu…(rindu zaman 90’an..huhuhu)



Adios

1 ulasan: