poke here...

29 Jun 2009

FESTIVAL TEATER INTERKOLEJ (FESTIK ‘09)











Pada semester 2 08/09 di kampus aku, aku telah menyertai Festival Teater Interkolej. Pertandingan teater antara kolej2 kediaman..Ini merupakan kali kedua penglibatan aku dalam festival ini cuma penglibatan aku kali ini lebih penting… Aku dikehendaki membawa watak sebagai patung. Oh ye aku lupa nak britau yg tajuk teater tersebut ialah ‘PATUNG’, so memang aq antara watak yang penting jugak lah kan… Dalam teater ni ada 6 buah patung dan aku diberi peluang menjadi patung ketiga (yang paling cute la tu).Pengarah bg teater ini adalah best fren aku sndiri dan krew2 yang terlibat pun mostly adalah member2 aku,so tak perlulah nak rasa janggal sangat. Macam tolong kawan2 jugak lah…. Sepatutnya kitorang akan wat teater yang lain (tajuk kalu x silap Meredah Takbir ) tp tuan director menukarnya pada saat2 akhir..sebabnya yg aku tahu ialah dewan yg digunakn untuk pementasan teater lebih sesuai digunakn utk mementaskan teater Patung than crite takbir tu..honestly,aku lebih suka crite patung coz ia lebih menarik n mencabar compare with crite takbir yg bosan n cliché.

Persiapan pun dibuat dr segi pemilihan pelakon sehingga ke persiapan props dalam masa 2 bulan. Aku tentunya kena diujibakat dan I know I’ll get the role..Sebabnya? Berapa kerat je la pelajar lelaki sekolej ngan aq yg nak join teater..itulah masalah yg melanda dalam pembikinan teater ni..malah nak cari pelakon wanita pun agak sukar..yalah masing2 busy (kononnya…macam la aku ni x busy)..ada yang nak join lepas tu tarik diri la..merajuk la..hmmm…ala aku faham..mostly diorang x de pengalaman dalam teater..mungkin sebab tu x confident…macam aku jgak..memang aku ada pengalamn sebelum ni tp kalu nak diharapkan watak aq pada teater lepas yg bawa mayat berbungkus semacam tu apa la sangat..aku pun stil tgah belajar nak jd pelakon teater ni…dah la watak aku ni ada few lines,aku pun kadang2 cuak jgak…

Minggu2 pertama latihan,aq banyak menghafal skrip n mengkaji watak..aku create perwatakan yg sesuai bg karakter tu..lepas tu selalu wat latihan vocal n penyampaian dialog..bukan tu saja, aku juga kena hafal few steps tarian untuk dipersembahkan dalam teater tu…huh banyak kerja..dah la sibuk ngan studi n test..kenalah korban masa sikit to achieve the best .. dalam waktu latihan biasalah ada sj yg x kena..ada yg x datang,wat hal la..x serius…sampai nak berlatih n baca dialog pun agak susah…tp semuanya in control n bg kerjasama yg baik..yg aku kelakarnya masa minggu terakhir latihan tu bukannya sibuk berlatih berlakon tp berlatih menari…ni festval teater or tarian? Dialog pun mcm ingat tak ingat..terpaksa la curi masa sikit nk berlatih berlakon. Sehari sebelum hari pementasan,kitorang wat raptai penuh dan ajak kawan2 tengok..we do our best n viewers give positive comment about our teater...walaupun sbenarnya kitorang ada wat silap..especially babak yg melibatkan patung…boleh plak terlupa dialog n terus reka dialog sndiri…

Esok hari adalah penentunya..kitorang akan membuat pementasan pada pukul 8.15 malam,hari sabtu, 21 Februari 2009…selalunya teater akan dipentaskan kat panggung percubaan tp memandangkan panggung tu dalam proses baikpulih tempatnya ditukar ke dewan kolegiat kolej pendita za’aba…dewan tu sebenarnya x de pentas,tp cuma ada satu gelanggang besar untuk badminton n others..dan kita terpaksa mementaskan teater di situ..mmm it sounds interesting..ktorang dah mula bertolak ke sana selepas zuhur dan mula menyiapkan apa yg patut tp sebelum tu kita terpaksa menunggu sehingga pementasan teater kolej lain yg berlangsung pd sesi petang selesai..aku pun mula sibuk bersiap selepas solat Asar..hai kelam kabut backstage..nasib baik ada lebih kurang 10 je pelakon…kalu lg ramai x taulah camane..aku pun mula menukar pakaian dan dimekapkan…huu lama siot, antara mekap paling tebal pernah aku pakai…siap ada solekan mata..tgok la gambar2 ktorang yg jd patung ni…rambut siap dispray warna gold lg.first time rambut aku x berwarna hitam…mlm tu plak dah la aku antara patung yg siap paling lambat..kelam kabut sampai aku x sedar seluar aku tu longgar kat pinggang..smlm time raptai ok jek..hai terpaksalah aku pegang selur tu je…kalu yg dah tgok mesti perasan seluar aku tu labuh semacam..huhu

Luckily aku siap tepat pd masanya. Mulanya tuan director nak wat raptai ringkas tp x sempat…lebih kurang pukul 8.15 mlm,pementasan teater PATUNG dimulakan..nervous siot.dah la kena tegak n maintain jd patung selama hampir 1 jam..letih..part tarian is not good enough coz I forgot few steps and did not focus very well..tp stil ok..lakonan plak…kelakar…lawak aku kira jadilah walaupun aku sedar yg aku tertinggal satu baris dialog but we covered it well sehingga teater tu selesai…tp sebenarnya x habis pun…teater kitorang dah terlebih masa so director terpaksa habiskan teater tu pada scene tertentu…frustlah ktorang sebab ada lg scene yg menarik tp terpaksa potong sebab hakim dah cabut lari….but actually we’re happy coz we made it successfully after a long hard times…dalam2 happy tu ada jgak sesetengah insan dalam produksi teater ni berkecil hati dan berasa tidak puas hati selepas pementasan….kecoh time post-mortem sampai buat 2 kali….

Anyway, I will not forget this experience. Many things that I learned that cannot be replaced by anything…how to be cool n steady during unexpected situation, meet new friends and working together professionally..I want to give my credit n appreciation to fik (da director) n kak sya (asst director) for helping me to improve my acting…n also to my patung team,crew and others yang terlibat secara langsung atau x…..

Nak tau teater kitorang menang atau x? nanti aq cerita…hehehe…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan