poke here...

18 September 2010

CoRaT - CoReT Raya 2010...

Assalamualaikum...

dah dekat 2 minggu aku x post ape2..sori sangat2 kpd sesiapa yg ternanti-nanti (ada ke?) post terbaru dr aku ni.

Memandangkan mood hari raya masih ada lagi, so aku nak ambil kesempatan ini nak ucapkan sekali lagi: Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin....amacam raya tahun ni? hehehe. Tika aku menulis post ni, aku dah tak terasa mood raya dah...

Kali ini aku nak bercerita pasal kejadian-kejadian yang berlaku sebelum, semasa dan selepas sambutan raya yang melibatkan aku jer...

BAJU RAYA BARU ?!
Dalam post sebelum ini aku cakap yang aku tak nak beli baju melayu baru dan pakai baju tahun lepas jer.Tapi nak buat macam mana, kita hanya merancang. tuhan yang tentukan.Aku beli jugak baju melayu baru.Ini semua gara-gara kakak long aku la. Dia nak adik kesayangan dia berbaju baru di pagi raya dan tak nak lihat adik dia ala2 berkabung dan suram (well, baju aku tahun lepas warna hitam, pasal tu dia cakap mcm nak berkabung).Lagipun, semua ahli famili aku ada baju baru, aku je yang reuse, reduce and recycle.So, takut lari konti, dia pun ajak aku mencari baju kat pasar raya.Memandangkan dah last minute, aku tak dapat la nak cari baju yang ada style..biase2 sudah.Setelah membelek-belek, aku dapat jugak jumpa baju yang sesuai. Baju melayu aku pilih berwarna hijau, ada kuning2 sikit, diinspirasikan dari warna tema keluarga kak long aku iaitu hijau. Baik punya bodek..mentang2 kak long yang sponsor.Aku pun suka la dapat baju baru.


..dah mcm tyra's makeover pulak..
gambar muka dicrop out takut meng'overshadow'kan baju..saiz baju yang dilihat bukan saiz badan sebenar



PELITA ANGANKU MUSNAH
Post lepas aku ada cerita kegigihan aku menanam pelita,kan? Harapnya dapat mewarnai syawal kat kediaman rumah aku.Hai, sudahnya pelita anganku musnah.Bukan sebab kena hujan atau orang curi ke apa.Boleh pulak anak saudara aku yang ngada+nakal tu dia tarik sumbu pelita tu dan buang ikut suka hati limpa dia.Wah-wah, senang hidup ko ye.Malam tu time aku nak pasang pelita baru aku perasan yang sumbunya dah tak de.Haiyo..spoil mood betul la.terus aku tak ambil pot pasal pelita tu.Nasib baik Abah dan kakak ngah semangat nak hidupkan kembali pelita tu.Abah aku siap kerat benang mop tu nak jadikan sumbu, tapi tak berhasil pulak (pujian harus diberi). Akhirnya Kak ngah aku beli sumbu pelita baru kat kedai, dan hiduplah kembali api pelita tu..Akibatnya, berasap la rumah aku apabila anak2 buah mula bermain mercun dan asap mercun berterbangan di malam raya.. (berani diorang main mercun ye..bapa saudara diorang ni pun takut2 lagi)


RAYA YANG 'SURAM'
Tahun ini suram la.Sebab tiada sesiapa yang berkunjung ke rumah aku tika hari raya. Tunggu punya tunggu punya tunggu, raya ke-7..diulangi raya ke-7 baru ada yang datang. Apa la nak dihidangkan sangat time raya ke-7.Juadah raya dah habis, biskut kat ruang tamu dah diharungi semut..Aku faham la yang rumah aku je terang benderang kat lorong rumah aku sebab kebanyakan jiran balik kampung.Tapi takkan la tak de orang nak raye? kalu tahun lepas ok jugak, raya ke-2 dah ada yg berkunjung..raya tahun ni? yang HADO..ada sesiapa yang terluka ke ngan aku atau ahli famili aku?...ke nak tunggu aku berkunjung baru nak datang? yelah nanti merajuk pulak kata kita tak layan, padahal nak berkunjung ke rumah aku pun buat2 lupa.Member aku cakap mesti ko tak buat jemputan..haiyo, nak kena sewa van funfair atau van promosi jualan supermarket & buat pengumuman suruh datang ke rumah ke, baru orang nak datang? Hisy3x. Awal2 raya, semangat la aku nak sambut tetamu tapi sampa raya ke-4, aku resign..ikut hati malas nak layan tapi ye la tetamu kan ibarat rahmat. So, kena la layan baik2, walaupun hati ini telah merajuk....(ada juga member aku kat FB tulis yang raya tahun ni tak brape best..ada jugak yang senasib ye :P)


merajuk bukan berpanjangaaann....(nyanyi sambil pose merajuk)

AHLI FAMILI BERKUMPUL
Walaupun rumah aku tidak mendapat sambutan yang hangat, tapi raya tahun ini bermakna sebab semua ahli famili aku berkumpul di pagi raya.Kak long & abang aku dapat cuti pada raya pertama.Kak long aku memang susah nak dapat cuti raya pertama, selalunya raya ke-2 baru balik. Tahun ni rezeki dia dapat beraya di sini.Nampak lar, malam raya mesti kecoh dengan semua ahli famili.Sebelum ni sunyi je sebab berapa kerat je yang ada kat rumah ini.Kitorang tolong sama2 buat persiapan raya.Aku pun tolong apa yang patut je lar. Sejak umur aku melepasi angka 17 , bagi aku aidilfitri adalah hari famili aku berkumpul and a day to spend with family. Dan tahun ini, kami dan berkumpul dan meraikan bersama2.


DUIT RAYA...(DAPAT LAGI ?!)
Bercakap pasal raya, satu perkara yang aku paling tunggu2 ialah nak dapatkan duit raya. Al-maklumlah ekonomi aku sekarang memang gawat, so mengharapkan duit raya sajalah untuk menambah pendapatan.Walaupun umur aku baru je 20 tahun, tapi aku still dapat lagi duit raya. Taklah banyak, tapi boleh la buat tampung aku untuk persediaan konvo nanti. Boleh la beli baju baru. hehehe..


Tu je la kot yang aku nak cerita.Ada lagi yang aku nak cerita tapi aku nak simpan untuk post yang akan datang...Anyway, harap raya korang memberi keceriaan kpd korang, dan bersyukulah dengan apa yang ada...Ampun maaf kalu kata2 aku ni menyinggung mana-mana pihak.

Adios...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan