Kali ni aku nak borak2 pasal Anugerah Juara Lagu ke -23 (AJL23) yang berlangsung pada 18 Januari yg lalu.Dah hampir 7 bulan,baru aku nak cakap pasal AJL23. AJL23 yang lepas berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil. Mengikut pengiraan aku, ini adalah kali ke-5 TV3 mengajurkannya di sana. Seperti biasa dihoskan oleh pengacara Muzik Muzik,Faizal Ismail & Cheryl Samad (dah 5 kali berturut2 Cheryl jd hos) serta ditemani oleh Ally Iskandar (the host for 4 consecutive years).Malam tu aku tengok diorang banyak menyelitkan unsur humor dalam skrip mereka..Yelah kalau skema jek bosan la plak.
Edisi ke-23 menyaksikan 14 lagu berentap,3 buah lagu dr kategori Etnik Kreatif,5 buah lagu dr Pop Rock dan 6 buah lagu dr Balada. Mungkin sesiapa yg tidak mengikuti program Muzik2 mesti tertanya macam mana lagu2 ni dipilih ye? Ada banyak lagu best yang dihasilkan sepanjang tahun 2008,kenapa 14 lagu2 ni dipilih? Begini,lagu2 ni akan dicalonkan dalam program Muzik Muzik tiap2 minggu(kalu nak tgok..setiap hari sabtu, pkul 5.00 ptng, TV3).Setiap episod 3 @ 4 buah lagu baru akan dicalonkan.Kemudian lagu2 ni akan berentap dalam carta top 20 di mana kedudukannya mengikut undian penonton. Lagu2 yang mendapat undian rendah akan terkeluar dan diganti dengan lagu pencalonan baru setiap minggu. JIka sebelum ini undian dibuat melalui borang di surat khabar (Berita Harian kalau x silap), kemudian mulai tahun 1998 menerusi laman web, kini mulai 2008 undian dibuat melalui SMS…berubah mengikut teknologi..
Setelah episod mingguan berakhir,lagu-lagu yang mendapat jumlah undian tertinggi akan disenaraikan (selalunya lagu yg paling lama bertahan dalam carta atau yang lama berada di kedudukan top 5).Lagu2 ni akan diasingkan mengikut kategori masing2 sebelum dipilih untuk berentap ke peringkat separuh akhir.Setelah ditiliti, akhirnya 34 buah lagu telah tersenarai untuk ke peringkat separuh akhir, 12 untuk kategori Pop Rock & Balada dan selebihnya untuk Etnik Kreatif.Mulai Muzik Muzik 23 edisi 2008, lagu2 yang dicalonkan ditentukan kategorinya ketika disaring untuk ke peringkat separuh akhir berbanding sebelum ini di mana sesebuah lagu tersebut dikategorikan pada peringkat pencalonan awal. Peringkat separuh akhir berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam di mana penyanyi akan menyanyi secara ‘live’ di hadapan penonton yang hadir.
Berikut adalah lagu2 yang berentap pada peringkat separuh akhir:
ETNIK KREATIF (berlangsung pada 28 November 2008)
1) Doa Dalam Lagu ( Ajai/ Loloq) Penyanyi - Mawi dan Heliza
2) Jarak Rindu (M Nasir/Seth) - Azfar
3) Puteri Tarian Kasih (Adnan Abu Hassan/Faris) - Anis Aneesa
4) Pujangga Merindu (Radeen Sri/Hairul Anuar Harun) - Syura
5) Songo (Edrie Hashim/Ahmad Farid) - Amy (Search) (diganti oleh Mok (x-vokalis Search))
6) Persoalan Cinta (Julfekar/Ku Seman/Izza Rosley) - Farawahida
7) Panas (Cat Farish/Adeeb) - Ifa Raziah
8) Dusta Berkalang (Hafiz Hamidun/Ahmad Fedtri Yahya) - Aiman
9) Mengharap Sinar (Dior/Khairafik) - Dior
10) Lambaian (Sang Dewi/Ahmad Fedtri Yahya) - Fazli Zainal
BALADA (5 Disember 2008)
1) Teman Terulung (Azalea) - Anuar Zain
2) Hanya Di Mercu (Aubrey Suwito/Habsah Hassan) - Ayu
3) Lagu Kita (Aizat) - Aizat
4) Sampai Syurga (Audi Mok/ Ahmad Izham Omar/Faizal Tahir) - Faizal Tahir
5) Tanpa (Gjie/Wan) - 6ixth Sense
6) Bila Nak Saksi (Tam/Loloq) - Spider
7) Dingin (Azlan Abu Hassan/Azalea) - Ziana Zain
8) Cuba (Audi Mok/Faizal Tahir) - Faizal Tahir
9) Bila Terasa Rindu (Edry Abd Halim) - Dafi
10) Cinta Terhalang (Sharon Paul/Shimy) - Bob
11) Ada Untukmu (Zetty Akmar/Abie Abdullah) - Nubhan
12) Sejauh Ini (Sharon Paul/Ahmad Fedtri Yahya) - Dina
POP ROCK (12 Disember 2008)
1) Separuh Masa (Edry Abd Halim) – The Lima (diganti oleh Flava )
2) Aku Stacy (Intan Norul Azlin/Layla Ismail) – Stacy
3) Kalis Rindu (Aidit Alfian/Ad Samad) – Elyana
4) Mila Bila Cinta (Audi Mok/Ad Samad) – Mila
5) Cinta Si Rama-Rama (Edrie Hashim) – Hattan
6) Bukan Di Sini (Zimi/Are-Meer/Wan) – Sofaz (Menggantikan ‘Ku Merindu’ – Ella & Shah yang menarik diri )
7) Aku Lebih Tahu (Ajai/Loloq) – Mila
8) Bukti (Tony Iskandar/Loloq) – Fiq
9) Rimas (Cat Farish/Roxy Tail) – The Fabulous Cats
10) Yang Pernah ( Estranged) – Estranged
11) Lagu Untukmu (Taja/Tass/Lan) – Meet Uncle Hussain
12) Mabuk (Tam/Loloq) – Spider
Akhirnya setelah diteliti,14 buah lagu telah berjaya ke peringkat akhir di mana 5 lagu daripada kategori Pop Rock, 6 lagu dari Balada dan selebihnya daripada Etnik Kreatif.
Finalis Etnik Kreatif
Doa Dalam Lagu ( Ajai/ Loloq) Penyanyi - Mawi dan Heliza
Persoalan Cinta (Julfekar/Ku Seman/Izza Rosley) - Farawahida
Dusta Berkalang (Hafiz Hamidun/Ahmad Fedtri Yahya) - Aiman
Finalis Balada
Hanya Di Mercu (Aubrey Suwito/Habsah Hassan) - Ayu
Lagu Kita (Aizat) - Aizat
Sampai Syurga (Audi Mok/ Ahmad Izham Omar/Faizal Tahir) - Faizal Tahir
Bila Nak Saksi (Tam/Loloq) - Spider
Dingin (Azlan Abu Hassan/Azalea) - Ziana Zain
Cuba (Audi Mok/Faizal Tahir) - Faizal Tahir
Finalis Pop Rock
Aku Stacy (Intan Norul Azlin/Layla Ismail) – Stacy
Kalis Rindu (Aidit Alfian/Ad Samad) – Elyana
Bukan Di Sini (Zimi/Are-Meer/Wan) – Sofaz
Yang Pernah ( Estranged) – Estranged
Lagu Untukmu (Taja/Tass/Lan) – Meet Uncle Hussain
14 lagu ini kemudiannya dipertandingkan di atas pentas berprestij AJL.Bagi edisi tahun ini tiada kontroversi berlaku. Perubahan yang brlaku cuma penarikan diri Mawi untuk bertanding dan penyertaannya diganti oleh Zahid. Kalau anda perasan jugak kebanyakan finalis pada kali ini kebanyakannya angkatan artis generasi baru…yang senior pun cuma Ziana Zain & Spider
Sebenarnya pada malam AJL tu aku risau sangat. Mana taknya esok paginya aku ada test.Orang lain sibuk studi aku plak tgok AJL ek…oklah macam mana dengan keputusannya jeng jeng jeng…
Keputusan
Persembahan Terbaik/Vokal Terbaik : Faizal Tahir-Sampai Syurga
Juara Etnik Kreatif:Persoalan Cinta (Julfekar/Ku Seman/Izza Rosley) - Farawahida
Juara Balada : Sampai Syurga (Audi Mok/Ahmad Izham Omar/Faizal Tahir) - Faizal Tahir
Juara Pop Rock : Lagu Untukmu (Taja/Tass/Lan) – Meet Uncle Hussain
Juara Lagu ke-23 : Lagu Untukmu (Taja/Tass/Lan) – Meet Uncle Hussain
Semua tekaan aku untuk pemenang malam tu tepat.Pd mulanya ingatkan doa dalam lagu menang etnik kreatif tp persembahannya hambar je…farawahida lebih menyerlah..sampai syurga n lagu untuku memang lagu yang kuat so x hairan la menang…for persembahan terbaik,Faizal deserves it bcause persembahannye memang unik..overall,persembahan di Ajl memang meletup la termasuk intro dan interlude dan produksinya memang bagus.yg aq x berkenan ialah set pentas…lebih kurang sama dengan tahun lepas..kalu wat baru mesti lagi umphhh..so far AJL 23 is great…I can’t wait to watch the next edition…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan