poke here...

14 Februari 2012

Remembering WHITNEY HOUSTON....greatest voice of all..


halo..halo...halo


Pagi ahad lalu (waktu Malaysia) dunia dikejutkan dengan pemergian salah seorang penyanyi terbaik di dunia iaitu Whitney Elizabeth Houston atau lebih dikenali sebagai Whitney Houston.




Mendiang disahkan meniggal dunia pada pukul 3.55 petang waktu tempatan 11 Februari 2012 oleh pasukan paramedik setelah mendiang tidak memberikan apa-apa respon ketika mereka cuba untuk menyelamatkannya. Mayat mendiang dijumpai di dalam tab mandi dalam sebuah bilik hotel, tingkat empat di Hotel Beverly Hilton, California.

Punca kematian mendiang masih lagi dalam siasatan dan pihak berkuasa menafikan terdapat unsur jenyah dalam kes tersebut.Banyak spekulasi mengaitkan kematian tersebut akibat penyalahgunaan dadah. Namun sehingga artikel ini ditulis, belum ada lagi pengumuman rasmi daripada pihak berkuasa.

Berita ini mengejutkan ramai pihak kerana beberapa hari sebelum kematiannya, mendiang masih sihat dan aktif membuat persembahan.Dikhabarkan, mendiang akan menghadiri majlis pra-Grammy malam 11 februari 2012 anjuran mentornya Clive Davis. Pemergian Whitney amat dirasai oleh peminat dan penggiat muzik sehinggakan penganjur Grammy menyediakan satu slot tribute untuk mendiang pada malam kemuncak Anugerah Grammy ke - 54 yang berlangsung sehari selepas pemergiannya.

Aku mengetahui berita ini melalui rancangan Melodi TV3 apabila hos jemputan Awal Ashaari mengumumkannya pada awal siaran. Pada mulanya agak terkejut sebab setahu aku mendiang tidak la mengalami masalah peribadi sejak akhir-akhir ini.Mendiang pun khabarnya kembali aktif dalam bidang seni suara setelah melalui zaman kegelapan dengan masalah rumahtangga dan kesihatan pada awal 2000-an.

Aku mula kenal Whitney Houston melalui lagu 'I Will Always Love You'. Aku bukan la peminat tegar mendiang tapi aku amat kagum dengan suara dan lagu-lagunya. Selain lagu tema filem the Bodyguard tu, aku juga minat lagu 'I Have Nothing', 'I Wanna Dance With Somebody' dan 'Greatest Love Of All'.

Antara pencapaian hebat:

  1. Artis pertama yang mempunyai 7 single berturut-turut yang mendapat kedudukan no.1 dalam carta Billboard Hot 100 Singles.
  2. Album keduanya "Whitney" yang dikeluarkan pada tahun 1987 mendapat kedudukan no. 1 dalam carta Billboard Top 200 Album pada minggu pertama penjualannya sekaligus menjadikannya artis wanita pertama yang mencapai pengiktirafan tersebut.
  3. Pemegang rekod artis wanita yang menggondol paling banyak anugerah dalam American Music Award iaitu sebanyak 22.
  4. Lagu 'I Will Always Love You' menjadi menjadi 'the best-selling single' daripada artis wanita dalam sejarah muzik.
  5. Satu-satunya artis wanita yang berada di dalam top 5 senarai 'the best-selling album of all time' menerusi album OST - The Bodyguard.

Apa-apa pun semoga aku nak ucapkan takziah kepada keluarga, sahabat handai dan semua peminat Whitney Houston di seluruh dunia. Mendiang antara penyanyi yang bersuara hebat dan tiada siapa yang akan mampu menggantikan tempat mendiang.




R.I.P Whitney (9 Ogos 1963 – 11 Februari 2012) ...

Adios .

kredit info: Wikipedia


29 Januari 2012

AJL 26...ramalan & trivia

halo...halo...halo..


dah bersawang pun blog nie,huhu..dulu beria2 nak update blog, last2 harapan nak update terus terbang ditiup angin...hmpir 6 bulan la x jenguk blog ni walhal online hari2..huhu

btw, belum trlambat lg nak ucap Happy New Year & Gong Xi Fa Cai utk semua...

malam ni...jeng2x...malam ni akan berlangsungnya Anugerah Juara Lagu ke-26. tahun ini saingannya semua sengit2..n best2x...susah juga nak buat jangkaan..


Siapa pilihan korang? serius aku sendiri tak boleh teka sebab kebanyakannya strong2 & ada keunikan tersendiri...

Aku ini tak mampu nak teka juara or naib johan dan seterusnya...just ada la list lagu yang aku rasa ada peluang nak menang...

lagu-lagu ini aku rasa akan berada dalam top 3:

AWAN NANO - Hafiz (M.Nasir/Budi Hikayat)

Lirik lagu ini memeang menarik.kena dengan melodinya.Malah lagu ini pernah diangkat sebagai Lagu Terbaik Anugerah Planet Muzik 2011 lalu. So, ada peluang cerah lagu ini untuk merangkul trofi AJL.


SEDETIK LEBIH - Jaclyn Victor o.a. Anuar Zain (Edry Abd Halim)

Antara lagu paling popular 2011.Sayang Anuar Zain tak berminat nak menyanyikannya untuk AJL.Kalau tak,mesti best...tapi Jac pun boleh tahan juga penyampaiannya...harap-harap tak meninggalkan kontroversi macam AIM lalu...


PENAKUT - Yuna (Yuna)


Lagu ini memang ada aura yang tersendiri..Kalau TV3 nak buat kontoversi, angkatlah lagu ini menjadi juara..kalahkan sedetik lebih...mesti kecoh nanti.huhu...Hope Yuna dapat mengenggam trofi untuk AJL kali ini setelah tewas tahun lalu..

Yang ini pula personal favourite aku:


SUNGAI LUI - Aizat (Aizat/Anas)

First time dengar lagu ini terus target akan masuk ke AJL. Antara karya terbaik daripada Anas. Walaupun lagu ini kalah dalam APM & AIM, tapi mungkin rezeki Aizat ada dalam AJL...siapa tahu kan??


BERIBU SESALAN - 3 Suara (Kevin Chin/Tinta)

Lama dah tak lihat artis wanita pakai dress cantik & nyanyi lagu balada kat AJL..yelah sejak kebelakangan ni artis lelaki yang mendominasi AJL..lagu yang cukup berhantu ni memang popular dan menjadi pilihan ramai untuk menjadi pemenang AJL...sama ada diorang akan menang atau tak,tunggu je lah mlm ni yer...


Aku juga nak share few trivia utk AJL 26 ni..

1) Edisi kali ini menampilkan 12 buah lagu bertanding. Sebelum ini ,14 buah lagu bertanding sejak tahun 2007 (edisi ke-22)

2) Atilia, Shila Amzah, Najwa Latif, Projek Pistol, Suhaimi Mior Hassan & Altimet pertama kali beraksi di pentas AJL.

3) Pentas AJL kali ini bertemakan air.

4) Yuna satu-satunya artis dan komposer yang bertanding menerusi dua lagu (Penakut & Gadis Semasa)

5) Buat pertama kalinya, dua trio (Beribu Sesalan & Kalau Berpacaran) layak ke AJL.

6) Buat pertama kali juga, tiga kolaborasi artis bertanding dalam satu edisi AJL.

7) Termasuk edisi ke 26,Faizal Tahir layak ke AJL 5 tahun berturut-turut, manakala Yuna dan Hafiz, 3 tahun berturut-turut. Edisi kali ini menyaksikan kemunculan kali kedua untuk Ana Raffali dan Loque, ketiga untuk Aizat dan Jaclyn Victor dan keempat untuk Ning Baizura.

8) Najwa Latif dan Projek Pistol bertanding di AJL menerusi single debut mereka, malah mereka pun turut terlibat dalam penciptaan lagu.

9) Seramai 30 orang juri mengadili AJL kali ini, paling banyak dalam sejarah AJL. 20 akan mengadili lagu menerusi CD sebelum pertandingan (yang menyumbang kepada 80 peratus markah) manakala 10 orang lagi akan mengadili persembahan dan vokal pada malam pertandingan (20 peratus).

10) Sekadar maklumat menarik, lagu yang pernah memenangi AJL sebelum ini sejak edisi ke-22 (Itu Kamu, Lagu Untukmu, Pergi dan Tolong Ingatkan Aku), tidak pernah mendapat kedudukan no.1 dalam carta mingguan. Kebanyakan lagu yang bertanding kali ini pernah berada di no. 1.Adakah juara yag diangkat di kalangan lagu no, 1 atau masih lagi mengikut trend tersebut....huhuhu

Bagi trivia AJL yang lain, boleh klik kat Sini. aku pernah buat sebelum ini...

Ape ape pun...kita tunggu dan lihat pada malam ini sama-sama...


Adios..


kredit gambar: laman web rasmi AJL26

29 Ogos 2011

SALAM LEBARAN....


halo...halo...halo...



Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ...MAAF ZAHIR DAN BATIN. Saya memohon 1000 kemaafan kalau ada tersilap tulis atau kata sepanjang penglibatan aku dalam penulisan blog ini.Maaf kerana aku jarang sangat update blog ini...


Semoga syawal ini memberi keberkatan dan kebahagiaan kepada kita semua...


Adios


p/s: aku tak dapat cuti raya..aku balik raya ke-5 kot...huhuhu....salam lebaran..