poke here...

14 Februari 2012

Remembering WHITNEY HOUSTON....greatest voice of all..


halo..halo...halo


Pagi ahad lalu (waktu Malaysia) dunia dikejutkan dengan pemergian salah seorang penyanyi terbaik di dunia iaitu Whitney Elizabeth Houston atau lebih dikenali sebagai Whitney Houston.




Mendiang disahkan meniggal dunia pada pukul 3.55 petang waktu tempatan 11 Februari 2012 oleh pasukan paramedik setelah mendiang tidak memberikan apa-apa respon ketika mereka cuba untuk menyelamatkannya. Mayat mendiang dijumpai di dalam tab mandi dalam sebuah bilik hotel, tingkat empat di Hotel Beverly Hilton, California.

Punca kematian mendiang masih lagi dalam siasatan dan pihak berkuasa menafikan terdapat unsur jenyah dalam kes tersebut.Banyak spekulasi mengaitkan kematian tersebut akibat penyalahgunaan dadah. Namun sehingga artikel ini ditulis, belum ada lagi pengumuman rasmi daripada pihak berkuasa.

Berita ini mengejutkan ramai pihak kerana beberapa hari sebelum kematiannya, mendiang masih sihat dan aktif membuat persembahan.Dikhabarkan, mendiang akan menghadiri majlis pra-Grammy malam 11 februari 2012 anjuran mentornya Clive Davis. Pemergian Whitney amat dirasai oleh peminat dan penggiat muzik sehinggakan penganjur Grammy menyediakan satu slot tribute untuk mendiang pada malam kemuncak Anugerah Grammy ke - 54 yang berlangsung sehari selepas pemergiannya.

Aku mengetahui berita ini melalui rancangan Melodi TV3 apabila hos jemputan Awal Ashaari mengumumkannya pada awal siaran. Pada mulanya agak terkejut sebab setahu aku mendiang tidak la mengalami masalah peribadi sejak akhir-akhir ini.Mendiang pun khabarnya kembali aktif dalam bidang seni suara setelah melalui zaman kegelapan dengan masalah rumahtangga dan kesihatan pada awal 2000-an.

Aku mula kenal Whitney Houston melalui lagu 'I Will Always Love You'. Aku bukan la peminat tegar mendiang tapi aku amat kagum dengan suara dan lagu-lagunya. Selain lagu tema filem the Bodyguard tu, aku juga minat lagu 'I Have Nothing', 'I Wanna Dance With Somebody' dan 'Greatest Love Of All'.

Antara pencapaian hebat:

  1. Artis pertama yang mempunyai 7 single berturut-turut yang mendapat kedudukan no.1 dalam carta Billboard Hot 100 Singles.
  2. Album keduanya "Whitney" yang dikeluarkan pada tahun 1987 mendapat kedudukan no. 1 dalam carta Billboard Top 200 Album pada minggu pertama penjualannya sekaligus menjadikannya artis wanita pertama yang mencapai pengiktirafan tersebut.
  3. Pemegang rekod artis wanita yang menggondol paling banyak anugerah dalam American Music Award iaitu sebanyak 22.
  4. Lagu 'I Will Always Love You' menjadi menjadi 'the best-selling single' daripada artis wanita dalam sejarah muzik.
  5. Satu-satunya artis wanita yang berada di dalam top 5 senarai 'the best-selling album of all time' menerusi album OST - The Bodyguard.

Apa-apa pun semoga aku nak ucapkan takziah kepada keluarga, sahabat handai dan semua peminat Whitney Houston di seluruh dunia. Mendiang antara penyanyi yang bersuara hebat dan tiada siapa yang akan mampu menggantikan tempat mendiang.




R.I.P Whitney (9 Ogos 1963 – 11 Februari 2012) ...

Adios .

kredit info: Wikipedia