poke here...

25 November 2010

Perempuan ROGOL Lelaki ??!

Remaja lelaki dirogol 4 wanita

PAPUA - Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun diserang oleh 10 orang wanita yang bersenjatakan pisau di sini, lapor sebuah akhbar semalam. Seorang pegawai polis, Teddy Tei memberitahu, sekumpulan wanita tersebut menyerang remaja sekolah tersebut pada Jumaat lepas.
"Lebih 10 wanita bersenjatakan pisau menyerang remaja tersebut dan empat daripadanya telah mengadakan hubungan seks dengannya. Saya selalu memberi amaran kepada wanita untuk berhati-hati pada waktu malam, namun kini saya memberi amaran tersebut kepada lelaki juga," katanya.
Tei memberitahu, dia bimbang wanita-wanita tersebut mungkin menghidap HIV/AIDS dan telah menjangkiti remaja tersebut. - Agensi


< halo...halo..halo...boleh plak perempuan rogol lelaki yek...gile ko 10 orang perempuan serang dan rogol seorang lelaki...terbalik pulak situasinya...apalah perasaan mangsa rogol tu ye? trauma, terkejut atau 'bahagia' .. hehehe ...adios>

kredit berita - KOSMO! online (25 November 2010)

24 November 2010

0610 - 1310 (PART 2)

halo...halo..halo..

serius, aku dah lama simpan catatan ni...tak post2 jugak...so inilah sambungan bg 0610 - 1310 (PART 1).

9 OKTOBER

Hari ini adalah konvokesyen pelajar2 jurusan Matematik. Walaupun aku berbeza jurusan dengan diorang, tapi kitorang dah rapat sebab kitorang selalu berada dalam kelas yang sama. Amerul yang merupakan salah seorang daripada mereka melantik aku jadi photographer ‘cum’ P.A. (gitu ada P.A untuk konvo).Lepas je makan tengahari, aku, amerul dan seorang lg member Fazila dah bersiap nak pergi. Time tu la tgah kelam kabut, amerul dgan sakit perutnya sebab neves, fazila baru nak gosok jubah…haiyo..masa nak bertolak tu Chris pulak call. Dia nak pinjam kasut aku sebab kasut dia dah koyak rabak..Aku terpaksa la gigih berlari nak ambik kasut tu dalam bilik aku. Kitorang bertiga mulanya nak naik bas, tetapi disebabkan takut x sempat dan segan nak bawak jubah, kitorang cari member yg ada kereta & mintak tolong hantarkan. Nasib baik la ada yang sudi hantarkan kami ke dewan.

Sampai je kat dewan, program Jejak Kasih dah bermula.Semua happy dapat berkumpul and bergambar sama2. Aku yang la jadi tukang gambar since aku je yg tak pakai jubah.hahaha..Aku juga kena jd tukang jg beg diorang ni. Serius…kelam kabut sangat, sebelum masuk dewan dan selepas masuk dewan. Lepas habis konvo tu, jgn harap la nak berkumpul dgn member ramai2 sebab semua dah sibuk dgn family dan hal masing. Malam pulak member2 course aku ajak ambil gambar dengan jubah kat Putrajaya. Since orang dah ajak, dann bg tumpang naik kereta, aku join je lar.Kitorang bergambar kat masjid besi n jambatan putra perdana.Time bergambar tu aku rasa letih sangat sampai nak berborak pun x larat.Sampai je bilik, terus capai bantal. Zzzzzzz….


10 OKTOBER

Tarikh hari ini cukup unik: 10.10.10.Ramai la yang wat kenduri kahwin pada tarikh ni.Aku plak dah janji ngan member matrik aku, Syamsul nak jalan2 kat KL.Die asyik sms aku bile aku nak dtg KL, n since aku dah ada kat UPM, kitorang pun plan nak kluar hari ni. Kalu kitoang kluar kalu x bershopping, mesti pegi karaoke. So kitorang pun gi karaoke kat Red Box Ria,Sogo. Lama jugak tak karaoke sama2. Lepas kitorang daftar kat kaunter, tup2 red box bagi bilik yg 5 kali ganda besarnya untuk kiorang. Macam bilik utk 10 orang siap ada 4 speaker kat siling dan amplifier lg.Kitorang teruja la, siap boleh lompat2 lg.hahaha. Antara lagu2 yg kitorang ‘sumbang’kan pada petang tu ialah:

Cuba – Faizal Tahir

Shahir – Kebahagiaan Dalam Perpisahan (nak feeling2 jd shahir jugak)

Amigos – Cinta Tak Keruan (lagu wajib aku..hehe)

Data – Mengulit Kenangan (lagu cekik leher)

Adam Lambert – Whataya want from me

Shontelle – Impossible

Natasha Bedingfield – Unwritten

Aizat – Kau Aku

Liza Hanim – Ku Idamkan Rindu (perlu ke???)

U.K’s – Bila Diri Disayangi

The Pretenders – I’ll Stand By You

..dan banyak lagi la..dah boleh rakam 3 album kompilasi berkembar sekaligus..dalam 3 jam juga la kitorang nyanyi…


11 OKTOBER

Hari ini sepatutnya aku tiada apa2 aktiviti. Dalam pukul 10 , tetiba Chris call. Dia cakap nak jumpa n lepak2 sekejap, dan petangnya jalan2 di Mines. Inipun kiranya hari terakhir dia kat UPM sebelum balik Sarawak.Aku pun setuju la since aku free time tu. Pkul 4 aku ngan Chris,Amerul & Fikrie bertolak pergi Mines.Sampai je sana kitorang tak tahu nak buat ape sebab masing2 tak cukup duit.Aku & Chris pun decide untuk pergi karaoke. Hai karaoke lagi..dah 2 hari berturut-turut aku karaoke. Nasib baik suara aku still OK...Kitorang enjoy la nyanyi2 sambil nari2 n gelak2..bleh plak time Chris nyanyi tiba2 lagu terhenti sebab dah habis tempoh sejam.Hai, kedekut tol pusat karoke ni..biar je la lagu tu sampai habis.Selesai habis karaoke kitorang gerak balik dan say bye kat Chris..Bye2 Chris..Hope bleh jumpa lagi lepas ni..Malam plak aku nak rileks je sebab esok giliran untuk aku konvo pulak..Gosok jubah n baju siap2…risau jugak takut serabut hari esok..


12 OKTOBER

Tarikh yang bersejarah akhirnya muncul dalam hidupku. Hari ini aku akan menerima ijazah yang menandakan bahawa aku telah menjadi salah seorang graduan university. Berdebar- debar aku, yelah impian aku selama ini nak pakai jubah n topi konvo akhirnya tercapai. Syukur Alhamdulillah…..akhirnya ijazah ada di genggaman tangan.Aku bangun dlm pukul 6.45 pg setelah dimarahi oleh member aku.AKu pun kelam kabut nak bersiap, time nak bersiap tu hanset pulak berbunyi..Famili aku call n diorang dah sampai UPM..Aku pun bergegas dengan pakai sut & bertolak naik motor…pakai sut lawa2 tp naik motor jer, itu jelah yang mampu…

Sampai kat dewan, kelam kabut la nak pakai jubah, nasib baik member2 aku tolong..tenkiu banyak2…Pkul 7. 30 pg dah bearak masuk dewan, dan bermulalah sesi konvokesyen tu hingga pukul 10.30pg. Lepas habis majlis, sesi bergambar pun dimulakan. Nasib baik famili aku decide nak gi makan dulu, so aku ada time nak bergambar n berjumpa dgn member2. Yelah, lepas ni mesti susah nak berjumpa kan.Banyak jugak aksi2 yang dirakam walaupun tengah panas terik ketika itu. Lepas tu aku bergambar dgn family. Aku sangat happy sebab diorang dating untuk meraikan aku.Dalam pukul 1 tgh hari, aku balik ke hostel. Serius memang penat giler.Walaupun penat,sempat lagi petang tu pergi lagi dewan sebab nak raikan konvo senior aku pulak.

Tahniah kepada semua yang telah bergraduat!!


ini je la yang mampu...

13 OKTOBER

Sepatutnya aku nak balik rumah hari ni tapi aku ada interview untuk satu biasiswa ni. So, terpaksa la stay lagi kat UPM. Aku mohon biasiswa ini untuk menampung pembiayaan Master aku yang akan bermula Januari depan.Nasib baik interview tu petang, since aku ni jenis malas nak bangun pagi..(bukan susah ye, cuma malas jer)..Interview tu dekat area KL Sentral, pukul 2 petang. Aku pun gerak awal lar & sampai dengan jayanya. Aku tak tau tempat interview tu kat mana. Just follow orang je, nasib baik ikut orang yang betul.

Ramai jugak yang interview, lebih kurang 50 undergraduate & postgraduate students.Setelah daftar, aku pun duduk dalam dewan yang dilengkapai meja n kerusi mcm nak ambil exam SPM. Hai, ada ujian la ni.Aku dah aware dah dgn ujian2 ni sebab dalam e-mel yang diorang bagi, diorang suruh bawa kotak pensel. Harap2 aku boleh wat. Dalam duduk2 tu, aku kenal la dg seorang mamat dari UM. Kitorang pun berborak untuk hilang rasa bosan.

Fuhh,, soalannye memang mencabar minda. Tak la sukar sangat tapi quite challenging la.Ada jugak yg aku tak sempat jawab sebab masa yang diberikan tidak cukup.Lebih kurang 2 jam proses ujian tu dijalankan.Lepas tu ada sesi taklimat dan penerangan mengenai biasiswa tu.Ujian yang dijalankan adalah 1st stage interview, sebelum pemohon2 dipilih berdasarkan dari ujian ni untuk ke 2nd stage. Overall, ada 3 stages dalam proses permohonan biasiswa ini.


Itulah 7 hari yang sibuk bagi aku menjalani pelbagai aktiviti..kadang2 best jugak dapat pengalaman mcm ni ….huhuhu

Adios...

p/s: Semasa post ini ditulis, aku dah lepas kesemua stage bagi interview biasiswa tu. Alhamdulillah..sekarang tengah tunggu jawapan bg permohonan tu…



23 November 2010

14 lagu ke AJL 25 - Keputusan Rasmi Separuh Akhir Muzik Muzik 2010

halo..halo..halo..

aku sempat curi masa sikit nak taip...walaupun mengantuk ni huhu...

setelah 3 minggu, inilah 14 buah lagu yang layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-25..


Shahir - Kebahagiaan Dalam Perpisahan
Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku
Hujan - Mencari Konklusi
A.P.I - Pelita

Bunkface - Ekstravaganza
Adira - Ku Ada Kamu
Stacy - Jahat

Hafiz - Noktah Cinta
Meet Uncle Hussain feat. Black - Drama King
Faizal Tahir - Hanyut
Tomok - Berlari
Faizal Tahir - Selamat Malam

Black - Sofea Jane
Yuna - Cinta Sempurna


camane pilihan korang ??? ada masuk list tak?? hehe...semua yg terpilih memang hebat...tak sabar nak tunggu final nanti yang dijangka awal 2011..

p/s: aku banyak nak post yang nak dihantar tapi tak terhantar lagi...so tunggu je la yer

Adios...

15 November 2010

Rihanna - Only Girl (In The World).... Lyric & Download


La la la la
La la la la
La la la la
I want you to love me, like I'm a hot guy

Keep thinkin' of me, doin' what you like
So boy forget about the world cuz it's gon' be me and you tonight
I wanna make your bed for ya, then imma make you swallow your pride

Want you to make me feel like I'm the only girl in the world
Like I'm the only one that you'll ever love
Like I'm the only one who knows your heart
Only girl in the world...
Like I'm the only one that's in command
Cuz I'm the only one who understands how to make you feel like a man
Want you to make me feel like I'm the only girl in the world
Like I'm the only one that you'll ever love
Like I'm the only one who knows your heart
Only one...

Want you to take me like a thief in the night

Hold me like a pillow, make me feel right
Baby I'll tell you all my secrets that I'm keepin', you can come inside
And when you enter, you ain't leavin', be my prisoner for the night

Want you to make me feel like I'm the only girl in the world

Like I'm the only one that you'll ever love
Like I'm the only one who knows your heart
Only girl in the world...
Like I'm the only one that's in command
Cuz I'm the only one who understands, like I'm the only one who knows your heart, only one...

Take me for a ride

Oh baby, take me high
Let me make you first
Oh make it last all night
Take me for a ride
Oh baby, take me high
Let me make you first
Make it last all night

Want you to make me feel like I'm the only girl in the world

Like I'm the only one that you'll ever love
Like I'm the only one who knows your heart
Only girl in the world...
Like I'm the only one that's in command
Cuz I'm the only one who understands how to make you feel like a man
Only girl in the world...
Girl in the world...
Only girl in the world...
Girl in the world...


.....ini latest single from Rihanna for his upcoming fifth album, Loud..muzik dia ala2 europop dan dance...x de ghetto mcm album Rated-R sebelum ni..imej dia pun dah makin segar dan ceria...so if u want to listen & download, just click
HERE.

p/s:skrang susah nak direct download lagu & cerite, kena download cepat2 sebab nanti file tu kena tarik balik sebab copyright thing...huhu


p/s:sori lama x update...aku ada 3 post yang akan aku antar nanti...tunggu....

09 November 2010

REVIEW Muzik Muzik 25 Separuh Akhir - 8 Nov 2010


halo..halo…halo

Well, kali ini aku nak review sikit pasal separuh akhir muzik muzik 25, minggu yang pertama, yang dah berlangsung semalam.

Seperti tahun lepas, separuh akhir bermula pada pukul 10 malam, tapi harinya bertukar dari hari Jumaat kepada hari Isnin. Masih diadakan di Sri Pentas 2, terdapat dua pentas berasingan untuk penyanyi solo dan band.Kali ini konsep pentas ada perbezaan sikit di mana penonton semua berdiri berhampiran pentas untuk menyaksikan persembahan. So, peminat lagi puas sebab dapat melihat artis kesayangan dengan lebih dekat.

Aku tengok ramai penonton yang seronok dan enjoy malah ada yang siap menyanyi bersama-sama lagi.Artis pun bersemangat la nak perform tapi kena la control sebab persembahan mereka tetap diadili oleh juri-juri. Janganlah syok sangat dengan penonton tu.So far, aku tengok penonton sporting dan terkawal. Artis pun professional dan tak over sangat.Inilah komen aku mengenai persembahan artis yang bertanding mengikut giliran:

1  Azlan & Typewriter – Gerak Hati : persembahan yang ok..lan pun tak menjerit2    sangat.bagi aku lagu ni lebih kuat berbanding lagu ‘Kelibat Si Penyair’

2  Akim – Inilah Cinta : saya suka awak….permulaan yang baik,,tapi nak hampir2 habis lagu, pancit lak n x mampu tarik note tinggi…maybe gemuruh kot atau letih bergerak ke sana sini..tahun lepas (lagu Bengang) boleh je nyanyi dengan baik

3  Shahir – Kebahagiaan Dalam Perpisahan : makin matang dalam persembahan tapi mcm akim, Nampak la gemuruh dia tu..dia pun tak tarik sangat pada hujung2 lagu tu..tapi lagi baik wat improvise mcm tu kalu tak yakin

4  Hujan – Mencari Konklusi : havoc and sempoi…mmg hujan pentingkan ke’enjoy’an peminat mereka.

5  Mohd – Cinta : biase jer..tapi not bad sebagai pendatang baru..tenang dan tak nampak gementar sangat.

6  Hafiz – Noktah Cinta : vokal yang bagus tapi ada jugak gemuruh tu…antara lagu pilihan aku yg layak ke final

7  Ana Raffali – Hujan Bunga di Kuala Lumpur : sweet sangat & nampak yakin…lawa baju dia pakai malam tu.

8  Sabhi Saddi – Nadiku : lagu ni spatutnya minggu ke-3 tapi atas sebab2 tertentu (ada hal kot) lagu ni bertanding pada minggu pertama (ganti lagu joe flizzow)..best jugak dia nyanyi..tapi still nampak gemuruh tu

9  Yuna – Cinta Sempurna : menyentuh kalbu..simple but nice..vokal yuna pun dah semakin mantap berbanding dulu

10 Nubhan – Oh Juwita : pertama kali nyanyi lagu rancak dalam semi final, tercungap2 jugak..dgan gemuruh lagi..kenapalah ramai penyanyi solo lelaki gemuruh malam tu?

11 Adibah Noor – Sejujur Hatimu : Artis senior yang bertanding malam tu..vokal tak perlu dipertikaikan tapi aku perasan kak dibah ni mcm sakit tekak je…n kadang2 sampai terlalu push suara dia..but she still the best

12 Faizal Tahir – Hanyut : Rock on…tetap mantap tp suara tenggelam timbul maybe sebab kesihatan yang belum penuh sepenuhnya..rindu pulak masa zaman dia nyanyi lagu Mahakarya Cinta kat semi final 3 tahun lalu..sedap sangat

Tetamu jemputan kali ni ialah Ramlah Ram..Dia nyanyi medley Kau Kunci Cintaku / Ketentuan dengan iringan live band (tindakan yang bijak). Buat pertama kalinya, dia muncul bertudung di TV.Ayu dia bertudung, dah ada iras2 Azean Irdawaty pulak..Masa nak mula nyanyi lagu Ketentuan, dia mula sebak dengan sambutan penonton.For me, she’s a legend walaupun suara dia ada serak2, tapi dia tetap deliver the best.

Tahun ini diorang umumkan 6 lagu yang mendapat markah tertinggi instead of 5. Dan lagu2 tersebut ialah:
  • Noktah Cinta – Hafiz
  • Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Shahir
  • Mencari Konklusi – Hujan
  • Sejujur Hatimu – Adibah Noor
  • Cinta Sempurna – Yuna
  • Hanyut – Faizal Tahir
5 lagu yang aku teka dapat top 6 kecuali Mecari Konklusi (aku pilih Nadiku). Aku terima je keputusan juri sebab well, diorang lg arif (alasan cliché). Minggu depan pulak ialah pusingan kedua.Pusingan kedua ni best sikit lagu2 yang bertanding. Can’t wait to see..tapi tak tahu la boleh tengok ke tidak sebab maybe aku dah mula kerja shift malam…

Sebagai penutup, aku tinggalkan video persembahan KRU dengan lagu Mengerti di Separuh Akhir Muzik Muzik,16 tahun yang lalu…(rindu zaman 90’an..huhuhu)



Adios

04 November 2010

SEPARUH AKHIR MUZIK MUZIK 25 - 8/15/22 November 2010


halo...halo..halo...

Maybe ramai dah tahu senarai 30 lagu yang bertanding dalam separuh akhir muzik muzik 25, tahun 2010. Aku sibuk dengan hal lain sampai tak perasan nak update maklumat pasal ni. Bila diimbas senarai 30 lagu-lagu yang bertanding, kesemuanya menepati ramalan aku..(kalu nak tengok ramalan aku, bleh klik SiNi).So, inilah 30 buah lagu yang bertanding, mengikut tarikh dan giliran peresembahan.

Minggu Pertama,8 November 2010:
  • Gerak Hati – Azlan & The Typewriter / Lake & Light / Lake & Light
  • Inilah Cinta – Akim/Akim/Akim
  • Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
  • Mencari Konklusi – Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan
  • Cinta – Mohd / Iswandy / Iswandy
  • Noktah Cinta – Hafiz / Ajai / Shah Qalam
  • Hujan Bunga Di Kuala Lumpur - Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali
  • Bersamamu – Joe Flizzow / Johan Ishak, Joeniar Arief, Koko & Syaheed / Koko
  • Cinta Sempurna – Yuna / Yuna / Yuna
  • Oh Juwita – Nubhan / 6ixth Sense / 6ixth Sense
  • Sejujur Hatimu – Adibah Noor / Azlan Abu Hassan / Adibah Noor
  • Hanyut – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir

Minggu Kedua,15 November 2010:
  • Tika Masanya – Mirwana & Hujan / Akmal Mirwana Akmal / Mirwana & Noh Hujan
  • Manifestasi Cinta – Fiq & Mirwana / Kuncidemak / Kunci Demak & Akmal Mirwana
  • Kau Harus Ada – Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan
  • Drama King – Meet Uncle Hussain & Black / Taja / Tun Teja
  • Menggegar Dunia – Adam & Stacy / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
  • Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali
  • Jahat – Stacy / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
  • Susun Silangkata – Aizat / Aizat & Anas / Aizat & Anas
  • Cinta Kosmik – The Fabulous Cats / Alibi Hustler / Alibi Hustler
  • Ku Ada Kamu – Adira / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
  • Sofea Jane – Black / Sham Kamikaze & Iswandy / Farril
  • Adrenalin – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir

Minggu Ketiga,22 November 2010:
  • Realiti Dewi – Alyah / Omar K / Zel Firdhaus
  • Pelita – A.P.I / Loque / Loque
  • Berlari – Tomok / Audi Mok / Shazee Ishak Tomok
  • Extravaganza – Bunkface / Sam Bunkface / Bunkface
  • Nadiku – Sabhi Saddi / Omar K / Zel Firdhaus
  • Selamat Malam – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir

Separuh akhir akan bermula pada hari Isnin,pukul 10 malam. Tahun ini ini ada kelainan sikit sebab setiap minggu ada tema tertentu. Pada Minggu pertama ialah tema 80'an, di mana artis jemputannya ialah Ramlah Ram. Minggu kedua bertemakan 90'an bersama Rahmat (Mega). Dan tema Millenium menyinari minggu ketiga bersama kumpulan Spider. Cheryl Samad & Faizal Ismail akan kembali menjadi hos.

Dalam laporan akhbar menyatakan bahawa 12 lagu akan dipilih untuk ke peringkat final. Tapi bak kata penerbit program, Ahmad Shaifullizam Arshad menyatakan bahawa 10-14 buah lagu mungkin akan dipilih untuk ke final.5 orang juri setiap minggu akan mengadili lagu- lagu dan keputusan penuh akan diketahui pada minggu ketiga.

Nampak lar setiap malam Isnin mulai 8 november ni aku menghadap kat TV. Recently, aku jarang tengok TV & harap2 minat menonton TV tu masih dapat dipupuk dalam diri ini..Haha.Lepas ni aku nak buat ramalan siapa ke final pulak..hehe

Adios

IMPOSSIBLE......

I remember years ago
Someone told me I should take
Caution when it comes to love
I did, I did
And you were strong and I was not
My illusion, my mistake
I was careless, I forgot,I did
And now when all is done
There is nothing to say
You have gone and so effortlessly
You have won
You can go ahead tell them

Tell them all I know now
Shout it from the roof top
Write it on the sky love
All we had is gone now
Tell them I was happy
And my heart is broken
All my scars are open
Tell them what I hoped would be
Impossible, impossible
Impossible, impossible

Falling out of love is hard
Falling for betrayal is worst
Broken trust and broken hearts
I know, I know
Thinking all you need is there
Building faith on love is worst
Empty promises will wear
I know (i know)
And know when all is gone
There is nothing to say
And if you're done with embarrassing me
On your own you can go ahead tell them

Tell them all I know now
Shout it from the roof top
Write it on the sky love
All we had is gone now
Tell them I was happy
And my heart is broken
All my scars are open
Tell them what I hoped would be
Impossible, impossible
Impossible, impossible
Impossible, impossible
Impossible, impossible
Impossible, impossible

Ooh impossible (yeah yeah)

I remember years ago
Someone told me I should take
Caution when it comes to love
I did

Tell them all I know now
Shout it from the roof top
Write it on the sky love
All we had is gone now
Tell them I was happy (i was happy)
And my heart is broken
All my scars are open
Tell them what I hoped would be
Impossible, impossible
Impossible, impossible
Impossible, impossible
Impossible, impossible
Impossible, impossible

I remember years ago
Someone told me I should take
Caution when it comes to love
I did

(lagu yang aku selalu pasang time bukak laptop..suka part korus tu,mcm kena-mengena dengan hidup jer...tell them i was happy & my heart is broken...gitu le citenye)


if u want to listen & download this song, please click HERE.